BISNES
IHP Malaysia turun 1.8 peratus pada November 2025 - Jabatan Perangkaan
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun 1.8 peratus pada November, 2025. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 1.8 peratus pada November, 2025 daripada penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ringkasan AI
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sektor pertanian, perhutanan dan perikanan merosot sebanyak 9.7 peratus, selepas peningkatan 2.7 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan oleh penurunan dua digit sebanyak 16.2 peratus dalam indeks penanaman tanaman kekal.
"Pada masa sama, sektor perlombongan menguncup sebanyak 7.2 peratus berbanding penurunan 1.0 peratus pada Oktober 2025, disebabkan oleh perubahan negatif dalam kedua-dua indeks pengekstrakan gas asli dan pengekstrakan petroleum mentah, masing-masing merosot sebanyak 11.4 peratus dan 5.5 peratus.
"Sektor pembuatan juga mencatatkan penurunan perlahan sebanyak 0.6 peratus, mengekalkan kadar penguncupan sama seperti pada bulan sebelumnya, disebabkan penurunan sebanyak 6.6 peratus dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaliknya, beliau berkata sektor bekalan elektrik dan gas meningkat 4.1 peratus, manakala sektor bekalan air naik 10.1 peratus.
Membandingkan IHPR Malaysia untuk November 2025 dengan negara-negara terpilih, Mohd Uzir berkata negara berkenaan menunjukkan trend bercampur-campur dengan IHPR Jepun melonjak sebanyak 2.7 peratus, mengekalkan kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.
"China pula kekal dalam deflasi pengeluar dengan IHPR negara itu menurun sebanyak 2.2 peratus, daripada penurunan 2.1 peratus pada Oktober 2025 mewakili penurunan bulan ke-38 berturut-turut, mencerminkan persaingan harga berterusan dalam persekitaran permintaan domestik yang lemah.
"Begitu juga dengan IHPR Thailand, menguncup sebanyak 1.6 peratus, susulan penurunan 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.
"Ini merupakan sembilan bulan berturut-turut inflasi pengeluar negatif tahun ke tahun, trend yang sama di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia menurun 1.8 peratus pada November 2025 berbanding penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, dipengaruhi oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan, dan perikanan sebanyak 9.7 peratus.
- Sektor pembuatan juga mengalami penurunan sebanyak 0.6 peratus disebabkan oleh kejatuhan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis.
- Sebaliknya, sektor bekalan elektrik dan gas meningkat 4.1 peratus manakala sektor bekalan air naik 10.1 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.