KUALA LUMPUR:Pemilik hotel dan pengendali Impiana Hotels Bhd merancang untuk membangunkan sebuah resort di Pulau Tioman dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM40 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat itu berkata pembelian itu akan dilunaskan dengan mengeluarkan 83.33 juta saham baharu dalam Impiana Hotels pada sembilan sen sesaham kepada vendor Impiana Tioman Sdn Bhd, yang hampir keseluruhannya dimiliki oleh Farouk.
Impiana Hotels sedang mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah resort di Tioman yang terdiri daripada 35 hingga 40 villa, sebuah kolam renang, jeti dan kemudahan lain seperti spa dan tempat makan.
Kumpulan itu kini memiliki dan menguruskan sembilan hotel dan resort - masing-masing tiga di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Selain itu, Impiana Hotels turut mencadangkan permodalan jumlah yang terhutang kepada pemilik hartanah dan pemaju Impiana Sdn Bhd (Impiana SB) sebanyak RM21.49 juta melalui gabungan terbitan 10.77 juta saham baharu dan 228 juta saham keutamaan boleh tukar tidak boleh ditebus (ICPS-B) yang baharu, kedua-duanya pada harga terbitan masing-masing sembilan sen.
ICPS-B boleh ditukar pada nisbah satu ICPS-B untuk satu saham Impiana Hotels yang baharu tanpa sebarang pembayaran tunai.
Impiana SB, dengan Farouk mempunyai kepentingan langsung sebanyak 73.7 peratus, kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar Impiana Hotels dengan 29.37 peratus kepentingan ekuiti.
Sementara itu, Impiana Hotels turut mencadangkan pindaan dibuat kepada perlembagaannya untuk memudahkan terbitan ICPS-B menurut cadangan permodalan.
Katanya cadangan pembelian itu sejajar dengan strategi kumpulan untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan perhotelannya dan membolehkan syarikat melancarkan resort baharu di Pulau Tioman di bawah jenamanya.
Syarikat itu berkata terbitan saham untuk penyelesaian pembelian agregat serta terbitan saham permodalan dan ICPS-B untuk pembayaran balik pendahuluan daripada Impiana SB, tidak akan melibatkan sebarang aliran keluar tunai, sekali gus membolehkan rizab tunai untuk operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020
Impiana Hotels turut mencadangkan pindaan dibuat kepada perlembagaannya untuk memudahkan terbitan ICPS-B menurut cadangan permodalan. - Gambar fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Pasca PRU15: Keputusan Padang Serai bukti rakyat tolak kerajaan PH-BN - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) menganggap kemenangan calon mereka di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di DUN Tioman adalah bukti rakyat tidak meyakini kerajaan campuran PH dan BN.
Pulau peranginan utama dijangka dibuka semula awal September - Nancy
MOTAC menjangkakan pulau peranginan utama negara seperti Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian boleh mencapai imuniti kelompok hujung bulan ini dan dibuka semula awal bulan depan.
Petugas barisan hadapan tinggalkan keluarga, sahut misi 'panggilan pulau'
Seramai 50 petugas kesihatan menempuh perjalanan atas air hampir dua jam dalam misi 'menyahut panggilan pulau'
PKPD Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan
Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 513 ujian, 53 kes daripadanya positif.
Impiana Hotels rancang bangunkan resort di Tioman
Pemilik hotel dan pengendali Impiana Hotels Bhd merancang untuk membangunkan sebuah resort di Pulau Tioman dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM40 juta.
Lambakan sampah plastik ini di Tioman! Lihat apa yang mereka lakukan...
Pencemaran akan berterusan selagi orang ramai terus menggunakan bahan plastik.
Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu
Angin kencang dengan kelajuan antara 50 hingga 60 km sejam dan ombak sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore.
Mayat lengkap berpakaian disyaki peserta kayak dijumpai terapung di Kemaman
Satu mayat lengkap berpakaian disyaki salah seorang peserta kayak warganegara Singapura telah ditemui.
Ribut petir, angin kencang diramal di sebelah petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer sejam berserta ombak mencecah 3.5 meter, diramal melanda kawasan Selat Melaka Selatan, Tioman dan Reef South.
Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Labuan, pedalaman dan pantai barat Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor Timur