KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) melonjak 26 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan IPP pada bulan Mei 2021 disokong oleh pengembangan dalam kesemua indeks.
Indeks tersebut adalah pembuatan (29.8 peratus), perlombongan (20.7 peratus) dan elektrik (7.9 peratus).
“Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 29.8 peratus pada bulan Mei 2021 selepas mencatatkan pertumbuhan 68.0 peratus pada bulan April 2021.
“Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada bulan Mei 2021 adalah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (34.8 peratus), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (49.4 peratus) dan kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (68.9 peratus).
"Industri berorientasikan eksport menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 25.3 peratus manakala industri berorientasikan domestik meningkat 41.1 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau memaklumkan output sektor perlombongan tumbuh 20.7 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Katanya, kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan dalam indeks gas asli (30.9 peratus) dan indeks minyak mentah dan kondensat (8.6 peratus).
Mengulas lanjut, beliau berkata output sektor elektrik meningkat 7.9 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Astro Awani
Mon Jul 12 2021
Produk petroleum, kimia, getah dan plastik antara subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada bulan Mei 2021 iaitu 34.8 peratus. - Foto Fail/Facebook Petronas
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
IPP Malaysia naik 4.1 peratus pada Ogos, didorong pertumbuhan sektor pembuatan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
IPP Malaysia naik 5.3 peratus pada Julai - Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 5.3 peratus pada Julai 2024 susulan pertumbuhan 5.0 peratus pada bulan sebelumnya didorong oleh lonjakan pengeluaran pembuatan.
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 3.1 peratus pada Februari 2024 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024, didorong oleh momentum positif dalam kesemua sektor.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) terbaharu, kata seorang penganalisis.
Penganalisis kekal pertumbuhan KDNK 2022 8.5 - 9.0 peratus walaupun IPI sederhana
Firma penyelidkan mengekalkan anggaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 pada 8.5 hingga 9.0 peratus walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) adalah sederhana.
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022
Pengembangan tersebut disumbangkan oleh masing-masing sektor pembuatan (15.2 peratus), elektrik (10.0 peratus) dan perlombongan (8.0 peratus).
MIDF kekalkan unjuran pertumbuhan IPP pada 4.3 peratus
Ini memandangkan sektor pembuatan bertambah kukuh pada April 2022 dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) meningkat kepada 51.6.
Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 5.1 peratus
Pengembangan IPP ini disumbangkan oleh peningkatan dalam ketiga-tiga sektor iaitu pembuatan, elektrik dan perlombongan.
IPI naik 5.8 peratus pada Dis 2021 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) naik 5.8 peratus pada Disember 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS berikutan data IPP lebih baik
Pada 9.15 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1490/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1505/1513 sewaktu ditutup pada Selasa.