BUSINESS
Indeks utama di Wall Street dibuka rendah

Ketika dagangan dibuka pada pukul 9:31 pagi waktu tempatan, ketiga-tiga indeks utama mencatatkan kejatuhan ketara. - Gambar Reuters/Brendan McDermid
KUALA LUMPUR: Indeks utama di Wall Street dibuka rendah pada Isnin susulan kebimbangan pelabur terhadap kesan ekonomi daripada pelan tarif besar-besaran yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Pelabur dilihat beralih kepada bon kerajaan sebagai langkah selamat, di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat.
Ketika dagangan dibuka pada pukul 9:31 pagi waktu tempatan, ketiga-tiga indeks utama mencatatkan kejatuhan ketara.
Indeks Dow Jones Industrial Average susut 1,212.98 mata atau 3.17 peratus kepada 37,101.88 mata.Indeks S&P 500 pula merosot 181.37 mata atau 3.57 peratus kepada 4,892.71 mata, manakala Nasdaq Composite jatuh sebanyak 623.23 mata atau 4 peratus kepada 14,964.56 mata.
Dalam pada itu, jutawan teknologi dan penasihat utama kepada Trump, Elon Musk, berharap satu situasi tanpa tarif dapat dicapai antara negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, yang dilihat bertentangan dengan pendirian presiden itu sendiri.
Keadaan semasa mencerminkan ketegangan perang perdagangan yang bukan sahaja menggugat pasaran AS, malah memberi kesan dominan terhadap ekonomi global secara keseluruhannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami