awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India import 327,936 tan minyak sawit Malaysia pada Oktober

Bernama
Bernama
16/11/2021
09:22 MYT
India import 327,936 tan minyak sawit Malaysia pada Oktober
Jumlah itu antaranya meliputi 314,950 tan minyak sawit mentah (MSM), 6,999 tan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD). - Gambar hiasan
NEW DELHI: India mengimport 327,936 tan minyak sawit dari Malaysia pada Oktober 2021, iaitu kira-kira 30 peratus daripada jumlah import minyak sayurannya pada bulan itu.
Jumlah itu meliputi 314,950 tan minyak sawit mentah (MSM), 6,999 tan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) serta 5,987 tan minyak isirung sawit mentah, menurut data daripada Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang dikeluarkan pada Selasa.
Import minyak yang boleh dimakan India secara keseluruhan pada bulan itu adalah lebih satu juta tan berbanding hampir 1.7 juta tan pada September.
Bekalan minyak sawit pula sebanyak 693,319 tan dalam import bulan lepas, dengan pembekalnya adalah Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Import minyak sayuran negara itu pada Oktober bernilai AS$1.6 bilion, 60 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada 2020, menurut data perdagangan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#minyak sawit
#import
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan