awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah

Bernama
Bernama
10/02/2026
12:30 MYT
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
Amirul Feisal bersama Hisham (kiri) dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Faridah Abu Bakar (kanan) melihat laporan selepas mengadakan sesi taklimat media Khazanah Annual Review 2026 hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: India menyerlah sebagai lokasi berprestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah Nasional Bhd sepanjang dekad lepas apabila melipatgandakan pulangan produktiviti.

Ringkasan AI
  • India menonjol sebagai lokasi yang memberi pulangan produktiviti yang cemerlang bagi Khazanah Nasional Bhd sepanjang dekad lepas, turut menyokong keputusan memegang pelaburan tinggi di negara tersebut bersamaan dengan China.
  • China mencapai kemajuan dalam sektor teknologi baharu dan prestasi kukuh Hong Kong dalam IPO dijangka berterusan pada 2026, menjadikan China sebagai destinasi yang diberi perhatian utama oleh Khazanah.
  • Mesyuarat peringkat tinggi antara Perdana Menteri India Narendra Modi dengan pemimpin korporat Malaysia menunjukkan keyakinan pelabur terhadap India, serta Khazanah terus fokus pada kepelbagaian risiko dan pertumbuhan jangka masa panjang dalam strategi pelaburan globalnya.

Destinasi pelaburan tersebut turut menyokong keputusan dana kekayaan berdaulat Malaysia itu untuk terus memegang pelaburan yang tinggi di negara tersebut, manakala China pula kekal sebagai pasaran utama.
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah, Datuk Hisham Hamdan berkata India dan China kekal sebagai pasaran yang sangat penting, di samping ASEAN.
"Saya berpandangan, Khazanah mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan di India. Kami sentiasa merekodkan pegangan pelaburan yang tinggi di India, dan juga China. Kami tidak mahu terlepas dalam memanfaatkan potensi masa depan China," katanya semasa taklimat media Ulasan Tahunan Khazanah 2026 di sini, hari ini.
Beliau berkata China mencapai kemajuan ketara dalam sektor teknologi baharu dan menunjukkan prestasi yang positif sejak dua tahun lepas.
Prestasi kukuh Hong Kong dalam tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun lepas dijangka berterusan pada 2026, katanya.
"Satu destinasi yang kami ingin beri lebih perhatian tahun ini ialah China," katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Perdana Menteri India Narendra Modi telah mengadakan beberapa mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin korporat terkemuka Malaysia semasa lawatan rasmi ke Malaysia baru-baru ini.
Antaranya mesyuarat dengan Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, yang menekankan transformasi ekonomi India serta potensinya sebagai destinasi pelaburan berpertumbuhan tinggi.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA) semua mesyuarat itu mencerminkan keyakinan pelabur yang tinggi terhadap India serta komitmen bersama untuk meningkatkan perkongsian ekonomi dan teknologi antara kedua-dua negara.
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia pada 7 dan 8 Februari lepas adalah atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai membalas lawatan beliau ke India pada Ogos 2024.
Mengulas mengenai mesyuarat itu, Amirul Feisal berkata strategi pelaburan global Khazanah memberi tumpuan kepada kepelbagaian risiko merentas kelas aset di samping memanfaatkan peluang pertumbuhan jangka masa panjang.
Prestasi pelaburan di India juga telah menunjukkan prestasi yang baik bagi Khazanah, katanya.
"Kami telah melabur di sana sejak 2008, dan sepanjang tempoh itu, pelaburan tersebut telah berkembang dengan ketara dan kekal sebagai bahagian penting dalam strategi pelaburan global kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#ASEAN
#Khazanah
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan