Indonesia naikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas

Bernama
September 22, 2022 21:00 MYT
Kadar inflasi tahunan Indonesia masing-masing mencatatkan paras 4.69 peratus dan 4.94 peratus pada September dan Ogos. - Gambar hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Bank Pusat Indonesia menaikkan penanda aras kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas pada Khamis, lapor Anadolu.
Bank Indonesia menaikkan kadar repo bebalik tujuh hari kepada 4.25 peratus, kadar faedah kemudahan deposit sebanyak 50 mata asas kepada 3.5 peratus dan kadar faedah kemudahan pinjaman sebanyak 50 mata asas kepada lima peratus.
Menurut bank pusat itu, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usahanya untuk menurunkan inflasi kepada tiga peratus menjelang separuh petama tahun depan, selain mengukuhkan rupiah Indonesia.
Kadar inflasi tahunan Indonesia masing-masing mencatatkan paras 4.69 peratus dan 4.94 peratus pada September dan Ogos.
-- BERNAMA
#kadar faedah #kemudahan deposit #Bank Pusat Indonesia #Inflasi