BISNES
Indonesia sasar perdagangan tenaga ASEAN
John Anis, Ketua Pegawai Eksekutif Pertamina Tenaga Baharu dan Boleh Diperbaharui Indonesia. - Foto ihsan Pertamina
JAKARTA: Indonesia melalui syarikat tenaga milik negara PT Pertamina berminat meneroka peluang perniagaan dalam pembangunan Grid Kuasa ASEAN, sebuah inisiatif kerjasama tenaga serantau utama oleh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), lapor Xinhua.
Inisiatif itu membolehkan negara-negara di rantau ini berdagang tenaga elektrik sekali gus menyokong keselamatan tenaga dan integrasi tenaga boleh diperbaharui.
"Peluang perdagangan elektrik rentas sempadan sangat besar, terutama dengan permintaan tenaga Asia yang semakin meningkat. Kita boleh bayangkan senario seperti penjualan elektrik dari Laos ke Thailand, dan dari Thailand ke Malaysia, itulah Grid Kuasa ASEAN," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertamina Tenaga Baharu dan Boleh Diperbaharui, John Anis, pada satu program bual bicara tenaga di Jakarta pada Khamis.
Beliau menekankan bahawa Indonesia sentiasa mempunyai pasaran berpotensi berikutan sumber tenaga yang melimpah dan permintaan rantau yang semakin meningkat.
"Elektrik tidak akan pernah berlebihan, kerana akhirnya ia akan diserap pasaran. Dengan permintaan tenaga serantau yang terus meningkat, kami optimis bahawa apa juga kapasiti yang dibangunkan di Indonesia pasti akan mendapat pasaran," katanya.
-- BERNAMA