awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
25/01/2021
04:22 MYT
Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI
Menurut Fatimah, berlandaskan beberapa simulasi, kekurangan buruh memberi kesan yang lebih parah berbanding dengan penurunan harga global, baik kepada estet mahupun pekebun kecil. - Gambar REUTERS/Bazuki Muhammad
KUALA LUMPUR:Industri kelapa sawit Malaysia paling terdedah kepada masalah kekurangan buruh sehingga 30 peratus daripada paras semasa.
Menurut Felow Pelawat Kanan Khazanah Research Institute (KRI), Prof. Dr Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, pengurangan itu akan menyebabkan pengeluaran menurun hampir separuh serta berdepan pengurangan sebanyak 80 peratus yang akan menyebabkan keruntuhan sistem.
Ini kerana, katanya, pengeluaran hanya mencapai seperlima daripada paras biasa atau Business As Usual (BAU) level.
Beliau menambah, berlandaskan beberapa simulasi, kekurangan buruh memberi kesan yang lebih parah berbanding dengan penurunan harga global, baik kepada estet mahupun pekebun kecil.
"Disebabkan ini, penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing estet boleh menjejaskan dengan ketara prestasi industri.
"Maka, pemain industri perlu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, memperbaiki perumahan pekerja dan menerapkan pendigitalan untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia dalam beberapa proses pengeluaran," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas mendapati hasil kajian KRI dalam penerbitan terbarunya yang berjudul “Implications of the Dominant Shift to Industrial Crops in Malaysia: System Dynamic Model of Industrial Crops”.
Dalam pada itu, Fatimah yang juga Ketua Penyelidik Kajian itu memberitahu, sektor itu juga akan berdepan dengan paras siling keluasan tanah untuk kelapa sawit yang dihadkan seluas 6.5 juta hektar menjelang 2023.
Katanya, pada tahun 2019, 5.9 juta hektar diusahakan oleh estet dan 986,000 hektar oleh pekebun kecil (17%).
"Kajian mendapati sokongan pembangunan ke atas pekebun kecil akan memberi impak yang lebih besar ke atas pulangan per hektar berbanding estet.
"Lazimnya, purata pecahan penanaman semula sektor kelapa sawit adalah sekitar 12 peratus dan ini bermaksud, jumlah itu adalah daripada keluasan kelapa sawit yang terlebih matang ditanam semula setiap tahun.
"Namun mengikut simulasi kajian, pecahan tanaman semula optimal yang memberi hasil buah tandan bersih (BTB) yang tinggi adalah 15 peratus untuk estet dan 17 peratus untuk pekebun kecil," jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau menambah, untuk mengurangkan pergantungan kepada tanah demi meningkatkan pengeluaran dan pulangan, hasil BTB sehektar boleh ditingkatkan melalui pemesatan tanaman semula dan mengurangkan kos input (selain buruh).
"Pada masa sama, sokongan pembangunan kepada pekebun kecil akan memberi impak besar ke atas pulangan.
"Malahan, pelaburan ke atas pekebun kecil akan menjanakan pertumbuhan yang inklusif, agihan yang setara lantas kelestarian industri kelapa sawit," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#COVID-19
#Khazanah
#SOP
#model
#pelaburan
#operasi
#industri sawit
#khazanah research institute
#buruh
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan