awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri pelancongan mohon kebenaran beroperasi

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/07/2021
01:06 MYT
Industri pelancongan mohon kebenaran beroperasi
Selain ketiadaan sumber pendapatan, mereka juga terhimpit dengan beban hutang akibat kos penyelengaraan dan pinjaman bank. - Astro AWANI
BESUT: Pemain industri pelancongan di Terengganu memohon kerajaan untuk menilai dan mempertimbangkan agar sektor itu dapat dibuka memandangkan negeri itu telah berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ia bagi memberi nafas kepada penggiat sektor pelancongan yang semakin tenat khususnya pengusaha di pulau peranginan yang bakal berdepan dengan musim tengkujuh tidak lama lagi.
Sumber pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga telah terputus hampir dua tahun susulan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jika situasi masih berterusan mampukah mereka untuk bertahan dalam industri tersebut?
Menurut pengusaha bot Mazlan Ismail, mereka mengharapkan kerajaan negeri mahupun tempatan memberi ruang kepada pengusaha pelancongan untuk berniaga semula.
"Ketika ini kami dalam keadaan tenat daripada segi ekonomi kerana terputus sumber pendapatan," jelasnya.
Selain ketiadaan sumber pendapatan, mereka juga terhimpit dengan beban hutang akibat kos penyelengaraan dan pinjaman bank.
Justeru mereka berharap kerajaan dapat mendengar rintihan tersebut memandangkan itu sahaja sumber pendapatan utama yang dapat dilakukan.
Rata-rata penduduk di Pulau Perhentian terpaksa kembali bertani di kebun peninggalan nenek moyang mereka lebih 40 tahun lalu untuk memastikan kelangsungan hidup.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#industri pelancongan
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#pulau peranginan
#PKP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan