KUALA LUMPUR: Industri plastik Malaysia terbukti berdaya tahan ketika pandemik COVID-19 dan kekal berada di landasan tepat untuk terus mencatat pertumbuhan kukuh.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata setakat Jun 2022, sejumlah 33 projek telah mendapat kelulusan yang melibatkan pelaburan terkumpul sebanyak RM503.5 juta bagi sektor berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata seiring dengan perkembangan industri plastik, syarikat-syarikat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memberi tumpuan terhadap aspek inovasi serta bertindak meningkatkan produktiviti untuk bersaing dan merebut peluang baharu.
"MIDA misalnya telah bertindak proaktif dengan mengambil inisiatif bagi memastikan kalangan pelabur mendapat akses ke atas prasarana dan kemudahan yang tepat dan tenaga kerja mahir dalam memenuhi keperluan perniagaan," katanya ketika menyampaikan ucap tama pada persidangan mengenai bantuan kerajaan di ibu pejabat MIDA di sini, pada Rabu.
Seramai 100 peserta telah menghadiri program khusus bagi industri plastik yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) untuk berkongsi maklumat mengenai pelbagai dasar, kemudahan serta bantuan yang disediakan kerajaan.
Arham berkata, insiatif serta bantuan disediakan oleh MIDA kepada pengilang produk plastik termasuk Geran Automasi Pintar Dana Intervensi Industry4WRD, Elaun Modal Automasi (ACA) serta Platform Penyelarasan Pelaburan Domestik (DICP).
"Malaysia juga komited dalam mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050. Sehubungan itu, MIDA bekerjasama rapat dengan MPMA untuk memacu kerjasama industri selain memahami permintaan dan bekalan sumber plastik kitar semula.
"Syarikat-syarikat perlu mengenal pasti kaedah praktikal bagi pemulihan sumber dan disalurkan semula kepada pengeluaran," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden MPMA Datuk Noraini Soltan pula mengetengahkan pelbagai cabaran yang terus dihadapi industri plastik, termasuk kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos akibat pelaksanaan gaji minimum serta kenaikan kadar faedah dan penyusutan permintaan dari luar negara akibat kelembapan ekonomi.
Berikutan itu, bagi kemajuan masa depan, pengilang plastik tiada pilihan kecuali beralih kepada teknologi tinggi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing serta tenaga yang kurang mahir.
"Kemampuan industri plastik menghasilkan produk berkualiti tinggi pada harga kompetitif akan memperkukuh lagi peranan kita selaku industri sokongan dan seterusnya menarik lebih banyak pelaburan langsung asing.
"Oleh kerana usaha pelaburan dalam teknologi tinggi serta automasi merupakan proses yang panjang dan fakta bahawa 90 peratus syarikat plastik adalah PKS, (maka) bantuan dan sokongan berterusan daripada kerajaan dalam bentuk geran, insentif dan pembiayaan adalah amat penting.
"Ini akan membolehkan lebih banyak syarikat plastik mempunyai sumber memadai bagi melabur dalam jentera canggih serta pembangunan produk baharu bagi pertumbuhan lebih mampan," katanya.
Selain MIDA, persidangan MIDA-MPMA itu turut mengetengahkan barisan penceramah mewakili Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), United Overseas Bank Ltd dan TalentCorp Malaysia.
Noraini berkata wakil industri yang hadir juga mendapat manfaat daripada maklumat yang dikongsi oleh barisan penceramah mengenai bentuk bantuan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
"Kita berharap para peserta dapat memperoleh maklumat berfaedah yang dapat membantu mereka dari segi merangka strategi berkesan dalam mengubah model perniagaan dan operasi. Program seperti ini juga diharapkan dapat meningkatkan kedudukan mereka dalam rantaian nilai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
MIDA bertindak proaktif dengan mengambil inisiatif bagi memastikan kalangan pelabur mendapat akses ke atas prasarana dan kemudahan yang tepat dan tenaga kerja mahir dalam memenuhi keperluan perniagaan.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Industri plastik Malaysia kekal berdaya tahan, tumbuh kukuh - MIDA
Sejumlah 33 projek telah mendapat kelulusan yang melibatkan pelaburan terkumpul sebanyak RM503.5 juta bagi sektor berkenaan.
Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.