BISNES
Inflasi Malaysia Jun 2025 kekal perlahan pada 1.1 peratus
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata majoriti barangan mencatatkan peningkatan harga yang masih terkawal. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Inflasi Malaysia mencatat peningkatan kecil, apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Jun 2025 berbanding Mei 2025, didorong oleh kenaikan dalam kategori makanan dan minuman, pendidikan serta penjagaan diri.
Ringkasan AI
Bagi perbandingan tahun ke tahun, kadar inflasi Malaysia kekal perlahan pada 1.1 peratus pada Jun 2025, sedikit menurun berbanding 1.2 peratus yang direkodkan pada Mei 2025. Mata indeks pengguna mencatatkan 134.5 berbanding 133.0 pada bulan sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata majoriti barangan mencatatkan peningkatan harga yang masih terkawal.
“Sebanyak 59.2 peratus item dalam bakul IHP merekodkan kenaikan harga, namun 97.1 peratus daripadanya meningkat kurang daripada 10 peratus.
“Ini menunjukkan bahawa tekanan inflasi masih dalam lingkungan sederhana, dengan hanya 10 item mencatatkan kenaikan melebihi 10 peratus,” katanya.
Kumpulan Makanan dan Minuman, penyumbang utama IHP, kekal meningkat 2.1 peratus secara tahunan.
Makanan di luar rumah naik 4.7 peratus (Mei: 4.4 peratus), manakala makanan di rumah susut kepada -0.4 peratus (Mei: 0.0 peratus).
Tambah beliau, penurunan disumbang oleh sayur-sayuran (-7.2 peratus), susu dan telur (-1.8 peratus) serta daging (-1.1 peratus).
Harga ayam standard di Semenanjung pula menurun kepada RM9.86/kg.
Sementara itu, kumpulan Penjagaan Diri dan Pelbagai Perkhidmatan menunjukkan peningkatan tertinggi, 4.2 peratus (Mei: 3.7 peratus), manakala kumpulan Kesihatan turut naik sedikit kepada 1.2 peratus (Mei: 1.1 peratus).
Inflasi teras pula kekal pada 1.8 peratus, menunjukkan kestabilan harga barangan teras tanpa bahan api dan makanan segar.
“Lima negeri mencatatkan inflasi melebihi paras nasional, dengan Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing pada 1.6 peratus.
"Namun, Kelantan kekal mencatatkan kadar terendah iaitu 0.2 peratus,” jelasnya.
Secara keseluruhan, inflasi Malaysia masih lebih rendah berbanding beberapa negara serantau seperti Vietnam (3.6 peratus) dan Indonesia (1.9 peratus).
Ringkasan AI
- Inflasi Malaysia meningkat 0.1% pada Jun 2025, dengan kadar tahunan perlahan kepada 1.1%; makanan & minuman, pendidikan dan penjagaan diri jadi penyumbang utama.
- Hampir 60% item dalam bakul IHP naik harga, namun 97% daripadanya di bawah 10%, menunjukkan tekanan inflasi kekal sederhana dan terkawal.
- Malaysia catat inflasi lebih rendah berbanding Vietnam dan Indonesia, dengan inflasi teras stabil pada 1.8%; Kelantan paling rendah (0.2%), Negeri Sembilan & Selangor tertinggi (1.6%).