KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia pada Oktober 2022 turun kepada 4.0 peratus berbanding dengan 4.5 peratus yang direkodkan pada September 2022. menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bagaimanapun, kadar ini masih lagi melepasi purata inflasi negara bagi tempoh Januari 2011 hingga Oktober 2022 iaitu pada 2.0 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober 2022 meningkat 4.0 peratus kepada 128.6 berbanding 123.7 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Beliau berkata bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia pada Oktober 2022 adalah lebih rendah berbanding inflasi di Filipina (7.7 peratus), Thailand (6.0 peratus), Indonesia (5.7 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus).
"Kadar inflasi Zon Euro terus memecah rekod tertinggi semenjak ia ditubuhkan dan melonjak kepada 10.7 peratus pada Oktober 2022 daripada 9.9 peratus pada bulan sebelumnya.
"Ini didorong oleh inflasi tenaga (41.9 peratus); makanan, alkohol dan tembakau (13.1 peratus); barangan perindustrian bukan tenaga (6.0 peratus) dan perkhidmatan (4.4 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata kadar inflasi di Amerika Syarikat reda kepada 7.7 peratus pada Oktober 2022 berbanding September 2022 (8.2 peratus).
Mohd Uzir berkata bagi peringkat domestik, peningkatan menyederhana inflasi Oktober 2022 telah didorong oleh peningkatan perlahan kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang telah berkurangan kepada 1.5 peratus berbanding 4.0 peratus pada September 2022.
"Peningkatan perlahan ini disumbangkan oleh ketiadaan pengaruh kesan asas susulan penamatan diskaun elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bermula Julai hingga September 2021," katanya.
Bagaimanapun, inflasi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol terus menunjukkan peningkatan sebanyak 7.1 peratus berbanding 6.8 peratus yang dicatatkan pada September 2022.
"Terdapat item makanan yang menunjukkan momentum peningkatan yang lebih perlahan berbanding September 2022. Antaranya ialah subkumpulan sayur-sayuran meningkat 4.8 peratus berbanding 6.3 peratus manakala minyak dan lemak meningkat 2.6 peratus berbanding 3.8 peratus pada September 2022," katanya.
Mohd Uzir berkata selain daripada kumpulan makanan, kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali komunikasi yang kekal tidak berubah berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Restoran dan hotel meningkat 6.8 peratus diikuti oleh pengangkutan (5.2 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (4.1 [peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (3.4 peratus).
Beliau berkata sementara itu, pelbagai barangan dan perkhidmatan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2.4 peratus; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.5 peratus) dan pendidikan (1.4 peratus).
Kumpulan kesihatan serta kumpulan minuman alkohol dan tembakau masing-masing merekodkan kenaikan sebanyak 1.0 peratus dan 0.8 peratus, manakala pakaian dan kasut meningkat secara marginal sebanyak 0.4 peratus berbanding Oktober 2021.
Mohd Uzir berkata inflasi bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, didorong terutama oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (5.5 peratus), pengangkutan (4.6 peratus) dan restoran dan hotel (4.6 peratus).
Bagi perbandingan bulanan, kenaikan inflasi Oktober 2022 mencatatkan 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada September 2022, disumbangkan terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (0.5 peratus), manakala restoran dan hotel serta pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing meningkat 0.3 peratus.
Peningkatan marginal pengangkutan sebanyak 0.1 peratus turut menyumbang kepada peningkatan ini, katanya.
Mengulas mengenai inflasi di peringkat negeri pula, Ketua Perangkawan menjelaskan tiga negeri menunjukkan peningkatan melebihi paras nasional 4.0 peratus ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.6 peratus), Selangor (4.9 peratus) dan Sarawak (4.3 peratus).
"Namun begitu, Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan peningkatan paling kecil sebanyak 2.3 peratus.
"Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor (8.8 peratus) diikuti oleh Sarawak (7.8 peratus), Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing sebanyak 7.6 peratus, Johor (7.3 peratus) dan Sabah (7.2 peratus)," katanya.
Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 7.1 peratus pada Oktober 2022.
Mohd Uzir berkata sementara itu, inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 3.9 peratus daripada 124.3 pada Oktober 2021 kepada 129.1 pada Oktober 2022.
Peningkatan ini disumbangkan oleh kumpulan restoran dan hotel sebanyak 7.5 peratus, diikuti oleh makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 6.8 peratus, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (4.4 peratus); perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (3.4 peratus); pengangkutan (3.0 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.1 peratus).
Beliau juga berkata inflasi teras mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan segar yang harganya tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan.
"Inflasi teras telah mencatatkan peningkatan 4.1 peratus pada Oktober 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Mohd Uzir berkata selain daripada kumpulan makanan, kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali komunikasi yang kekal tidak berubah berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. - Gambar fail

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berbaloi, ringankan beban golongan sasar
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Jabatan Kastam | JKDM ambil pendekatan berhemah tangani syarikat culas cukai
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil pendekatan berhemah dalam menangani isu syarikat culas bayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan negara terpaksa tanggung kerugian sehingga 150 juta ringgit tahun lalu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Sri Lanka
Badli Hisham antara 17 duta dan pesuruhjaya tinggi yang baharu dilantik ke Sri Lanka yang menyerahkan watikah pelantikan mereka.

Fokus kepada perpaduan, pembangunan rakyat - Hajiji
Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

WHO | Julung kali Malaysia Pengerusi Mesyuarat Lembaga Eksekutif
Pertama kali dalam sejarah negara apabila Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pantau Kerajaan Baharu: Kos Umrah Naik | Mencari Punca & Penyelesaian
Sejak kebelakangan ini, timbul perbincangan isu berkenaan kos umrah yang semakin meningkat. Apa puncanya? Kami cuba merungkai isu ini dan mencari solusi terbaik. Kita bersama Datuk Seri Razali Mohd Sham, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) bagi perinciannya.

MTDC, Gobi Partners labur RM5 juta dalam pitchIN
MTDC melabur bersama syarikat itu melalui Dana Pertumbuhan Perniagaan MTDC dan Dana Superspeed II Gobi.
![[TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport [TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007793/33867762601675397315057_640x360.jpg)
[TERKINI] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport peribadi secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.

Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS
Pihak Pentagon sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

Inflasi teras Singapura pada 5.1 peratus pada Disember, purata 4.1 peratus untuk 2022
Inflasi teras Singapura berada pada 5.1 peratus bagi asas tahun ke tahun (y-o-y) pada Disember, tidak berubah dari November, menurut Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan

Kejayaan kawal kadar inflasi perlu diterjemah kepada penurunan harga - Rafizi
Rafizi berkata beliau memahami bebanan kos harga barangan mentah yang ditanggung peniaga yang mendakwa masih lagi tidak turun, sekali gus menyebabkan kenaikan harga makanan di restoran atau kedai.

Bekalan ayam: "Sedang pulih, tetapi kita tidak boleh letak tarikh" - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan bahawa bekalan ayam dan telur sedang berada pada fasa pulih.

Bank pusat Pakistan naikkan kadar faedah untuk kawal inflasi
Penting untuk menambat jangkaan inflasi dan mencapai objektif kestabilan harga bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

WEF2023: Bank pusat harus tundukkan tekanan politik untuk redakan inflasi global
Bank pusat harus menundukkan tekanan politik dan awam untuk meredakan tekanan inflasi global, menurut pakar ekonomi dari Amerika Syarikat, AS Larry Summers.

Harga makanan, minuman di restoran masih tinggi walaupun harga bahan mentah telah turun - Rafizi
Rafizi menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.

Inflasi Malaysia reda kepada 3.8 peratus pada Disember 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia mereda kepada 3.8 peratus pada Disember 2022 berbanding 4.0 peratus pada November 2022 didorong oleh kenaikan perlahan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol.

BNM akan terus selaraskan OPR secara beransur sejajar peningkatan ekonomi
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalam (OPR) pada mesyuarat dasar monetarinya yang pertama bagi 2023.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, sentimen semakin positif apabila inflasi AS mereda
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada urus niaga pagi Jumaat didorong oleh sentimen positif selepas angka Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini menunjukkan inflasi di Amerika Syarikat terus menurun.

Ringgit melonjak ke paras tinggi 10 bulan berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai sebanyak 270 mata asas kepada 4.3300/3350 berbanding dolar AS, paras terakhir dilihat pada April 2022, daripada 4.3570/3615 penutup Khamis.