BISNES
INSKEN angkat usahawan sosial Malaysia ke persada antarabangsa di SEWF 2025 Taiwan
Pemilihan tujuh usahawan ini dibuat berdasarkan model perniagaan sosial yang inovatif, potensi skala impak, serta komitmen kepada agenda sosio-ekonomi inklusif. - Foto INSKEN
KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), terus memperkukuh ekosistem keusahawanan sosial negara dengan menghantar tujuh usahawan sosial tempatan ke Social Enterprise World Forum (SEWF) 2025 di Taipei, Taiwan.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Viviantie Sarjuni, penyertaan tersebut memberikan peluang unik kepada delegasi Malaysia untuk mempamerkan model perniagaan mereka, berinteraksi dengan usahawan antarabangsa, serta memperluas rangkaian global.
"Kami berharap agar INSKEN dapat memperkasakan lebih banyak agensi atau entiti negeri di seluruh Malaysia supaya setiap negeri mampu meneruskan agenda keusahawanan sosial sekiranya berlaku perubahan mandat di peringkat Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tujuh usahawan sosial yang mewakili Malaysia ialah Drop & Wash Sdn Bhd, Ibupreneur, Jom Makcik Sdn Bhd, Koperasi Kongsi Selangor Berhad, Opah Delitaste Enterprise, Borneo Fertilyst, dan Arus Academy Sdn Bhd.
Pemilihan mereka berdasarkan model perniagaan sosial yang inovatif, potensi skala impak, serta komitmen kepada agenda sosio-ekonomi inklusif.
Selain usahawan, Malaysia turut diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Rahman Mohd Din, serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub.
SEWF 2025, yang dianjurkan bersama Impact Hub Taipei, merupakan platform global utama bagi usahawan sosial dan inovator untuk berkongsi idea, membina rangkaian, dan mencetus transformasi sosial.
Forum bertemakan “Collective Action for People and Planet” itu dijangka menyaksikan ribuan delegasi dari lebih 50 negara berkumpul.
Dalam pada, INSKEN memaklumkan pihaknya juga mengukuhkan komitmen dalam pembangunan usahawan sosial dengan menjadi rakan strategik Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) bagi Rural Social Enterprise Gathering, yang dijadual berlangsung di Sabah dari 1 hingga 3 November depan.
Sehingga September lalu, INSKEN telah berjaya membantu 498 usahawan mendapatkan penarafan keusahawanan sosial.
Ringkasan AI
- Penyertaan ini bertujuan mempamerkan model perniagaan sosial Malaysia dan memperluas rangkaian global dalam forum bertemakan -Collective Action for People and Planet-.
- Usahawan seperti Drop & Wash, Ibupreneur dan Arus Academy dipilih berdasarkan model perniagaan sosial yang berinovatif dan berpotensi tinggi dalam agenda sosio-ekonomi inklusif.
- INSKEN turut menjadi rakan strategik SCENIC bagi program Rural Social Enterprise Gathering di Sabah, dan telah membantu 498 usahawan mendapat penarafan keusahawanan sosial setakat September.