awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iPhone X dijual lebih awal di Korea Selatan

Bernama
Bernama
08/11/2017
03:23 MYT
iPhone X dijual lebih awal di Korea Selatan
Jualan iPhone X di peringkat global bermula minggu lepas. - REUTERS / Fail
Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. berkata, firma itu akan memulakan penjualan telefon pintar iPhone X di Korea Selatan mulai 24 November depan, lebih awal daripada jangkaan, lantaran kelemahan prestasi jualan iPhone 8 di negara berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.
Namun, jualan sepenuhnya hanya bermula pada tahun depan disebabkan bekalan yang terhad.
Model iPhone X (64-GB) akan dijual dengan harga 1.42 juta won (US$1,274) manakala model 256GB berharga 1.63 juta won.
Menurut pemerhati industri, penjualan lebih awal model berkenaan berikutan jualan iPhone 8 yang kurang memberangsangkan sejak berada di pasaran pada bulan ini.
Apple telah menjual 140,000 unit telefon pintar iPhone 8 dalam tempoh dua hari selepas jualan dibuka secara rasmi pada Jumaat, dengan pesanan awal berjumlah 60 hingga 70 peratus.
Segelintir peminat Apple di Korea Selatan menunggu iPhone X, yang dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti pengecaman wajah dan paparan pemancar cahaya organik (OLED).
Jualan iPhone X di peringkat global bermula minggu lepas.
"Nampaknya Apple memperkenalkan iPhone X lebih awal untuk memanfaatkan kekurangan bekalan sebagai strategi pemasaran," kata seorang pegawai syarikat menjual telefon mudah alih tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#apple inc
#iPhone
#Korea Selatan
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan