awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPO Farm Fresh telah terlebih langgan

Bernama
Bernama
11/03/2022
14:04 MYT
IPO Farm Fresh telah terlebih langgan
Bagi penawaran runcit, permohonan membabitkan sejumlah 752.12 juta saham terbitan bernilai RM1.02 bilion telah diterima daripada rakyat Malaysia dan individu yang layak. - Gambar/ FB Farm Fresh Milk Malaysia
KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd, pengendali ladang tenusu yang dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 22 Mac, mengumumkan tawaran awam permulaannya (IPO) telah mencatat lebihan langganan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Tricor Investor and Issuing House Services Sdn Bhd berkata IPO tersebut membabitkan terbitan 743.18 juta saham yang terdiri daripada penawaran institusi sebanyak 687.44 juta saham kepada pelabur Malaysia dan institusi asing serta pelabur terpilih, termasuk pelabur Bumiputera, selain 55.74 juta saham kepada pengarah syarikat dan anak syarikatnya, serta pekerja yang layak.
Katanya selepas memperoleh rekod seramai 30 pelabur asas yang telah melanggan 79.6 peratus daripada saiz penawaran institusi, "penawaran institusi, termasuk peruntukan, telah menerima permintaan yang memberangsangkan berjumlah RM5.2 bilion daripada pelabur domestik dan global sewaktu proses penetapan harga dimuktamadkan."
Menurutnya, bagi penawaran runcit, permohonan membabitkan sejumlah 752.12 juta saham terbitan bernilai RM1.02 bilion telah diterima daripada rakyat Malaysia dan individu yang layak.
Harga institusi telah ditetapkan pada RM1.35 bagi setiap saham IPO, justeru, sewajarnya, harga runcit akhir bagi penawaran runcit turut ditetapkan pada RM1.35 bagi setiap saham yang diterbitkan.
"Berikutan harga runcit akhir bersamaan RM1.35 bagi setiap saham yang diterbitkan, tiada bayaran balik akan dibuat kepada pemohon yang berjaya di bawah penawaran runcit ini," katanya.
Notis peruntukan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya pada atau sebelum 18 Mac, 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Farm Fresh
#IPO
#Bursa Malaysia
#tawaran awam permulaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan