awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPO KTC Bhd catat premium 15 sen, dibuka pada 30 sen

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
25/11/2015
08:52 MYT
IPO KTC Bhd catat premium 15 sen, dibuka pada 30 sen
KTC mencatatkan premium 15 sen selepas dibuka pada 30 sen. - Gambar hiasan
Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat pengedar dan pengeluar barangan pengguna berpangkalan di Sabah, Kim Teck Cheong Consolidate Bhd (KTC) mencatatkan premium 15 sen selepas dibuka pada 30 sen.
Kemunculan sulungnya menyaksikan 14.01 juta saham didagang pada pembukaan dagangan awal.
Menurut Pengarah Eksekutif KTC Bhd, Dexter Lau, KTCbakal mengembangkan perniagaannya ke Sarawak dan Brunei.
"Pada masa ini fokus kita adalah untuk mengukuhkan perniagaan kami di Sarawak dan juga perniagaan baru kami di Brunei.
"Kami memang berniat untuk mengembangkan lagi perniagaan kami. Oleh itu, kami akan menerima semua peluang perniagaan" kata Dexter.
Kim Teck Cheong akan turut menubuhkan pusat pengedar baru di Brunei bernilai RM1.54 juta dengan menggunakan dana dalaman.
Ini adalah pusat pengedar yang ke-19 KTC.
Tambah Dexter, KTC menjangka mengekalkan pertumbuhan pendapatannya yang kukuh menjelang tahun kewangannya yang akan berakhir pada 30 Jun 2016.
Tawaran Awam Permulaannya berjaya mengumpul RM21.3 juta.
Hasil IPO ini akan digunakan untuk kemudahan gudang dan memperkenalkan produk baru, biarpun dengan kelembapan ekonomi semasa.
Topic Berkaitan
#Brunei
#Dexter Lau
#IPO
#Kim Teck Cheong Consolidate Bhd
#KTC
#Pengarah Eksekutif KTC
#premium
#Sabah
#Sarawak
#tawaran awam permulaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan