awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPP Malaysia Mei 2025 naik 0.3% disokong sektor pembuatan

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
11/07/2025
05:45 MYT
IPP Malaysia Mei 2025 naik 0.3% disokong sektor pembuatan
Mohd Uzir berkata, prestasi IPP Malaysia masih sederhana berbanding beberapa ekonomi serantau. - Foto DOSM
KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan peningkatan sederhana sebanyak 0.3 peratus pada Mei 2025 berbanding bulan sama tahun lalu, didorong oleh pertumbuhan stabil dalam sektor pembuatan.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini memaklumkan, sektor pembuatan merekodkan pertumbuhan 2.8 peratus pada bulan berkenaan, walaupun lebih perlahan berbanding 5.6 peratus yang dicatatkan pada April 2025.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, sektor elektrik turut mencatatkan pemulihan apabila meningkat 0.4 peratus pada Mei, berbanding penyusutan 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Namun begitu, sektor perlombongan terus mengalami kemerosotan dengan penurunan ketara sebanyak 10.2 peratus, disebabkan oleh kejatuhan pengeluaran gas asli (-16.6%) dan minyak mentah & kondensat (-1.6%).
"Bagi industri berorientasikan eksport, pertumbuhan menurun kepada 2.9 peratus pada Mei 2025, berbanding 6.4 peratus pada April.
"Penurunan ini dipacu oleh kemerosotan dalam pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-4.8%), sejajar dengan penurunan 5.0 peratus dalam nilai eksport negara pada bulan tersebut," tambah beliau.
Industri berorientasikan domestik pula kekal mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 2.6 peratus.
"Penyusutan ketara dalam pembuatan kenderaan bermotor, treler & semi treler (-10.1%) diimbangi oleh pertumbuhan dalam pembuatan produk prosesan makanan (10.3%) dan produk logam berkaitan pembinaan (3.7%)," jelasnya.
Katanya, prestasi IPP Malaysia masih sederhana berbanding beberapa ekonomi serantau.
Antara negara yang mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi termasuk Taiwan (22.6%), Vietnam (11.0%), dan China (5.8%).
Sebaliknya, Jepun mengalami penurunan IPP sebanyak 1.8 peratus pada bulan sama.
Topic Berkaitan
#Mohd Uzir Mahidin
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#IPP
#sektor pembuatan
#sektor elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan