awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
Vijay Singh kembali ke PGA Tour 2026 pada usia 63 tahun
Pemandu Honda Jazz sebabkan kematian pelajar UniSZA direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPP menyusut 0.5 peratus pada Oktober lalu

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
11/12/2020
04:01 MYT
IPP menyusut 0.5 peratus pada Oktober lalu
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kemerosotan IPP itu disebabkan oleh penurunan signifikan 10.6 peratus dalam indeks Perlombongan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara menyusut 0.5 peratus pada bulan Oktober tahun ini berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kemerosotan IPP itu disebabkan oleh penurunan signifikan 10.6 peratus dalam indeks Perlombongan.
Sementara itu, beliau berkata, indeks Pembuatan dan indeks Elektrik masing-masing mencatatkan perkembangan 2.4 peratus dan 1.0 peratus.
"Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 2.4 peratus pada bulan Oktober selepas mencatatkan pertumbuhan 4.3 peratus pada bulan September tahun sama.
"Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada bulan Oktober adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (8.1%); kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (3.5%) serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik (1.7%)," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, output sektor perlombongan menguncup 10.6 peratus pada bulan Oktober berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
"Kemerosotan tersebut disebabkan oleh penurunan dalam indeks Minyak Mentah dan Kondensat (-12.6%) serta indeks Gas Asli (-9.0%).
"Output sektor elektrik meningkat 1.0 peratus pada bulan Oktober berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#IPP
#menyusut
#Indeks Pengeluaran Perindustrian
#Ketua Perangkawan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#indeks Perlombongan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan