BISNES
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.
Data itu sekali gus menunjukkan peningkatan bulanan ketiga berturut-turut bagi prestasi positif sektor pembuatan Malaysia.
Pengukuhan ringgit turut menyumbang kepada penurunan pertama bagi kos input sejak Mei 2020, manakala harga output hanya meningkat secara sederhana pada Januari 2026, tambahnya.
"Selain itu, syarikat melaporkan prospek yang lebih cerah, dan tahap keyakinan sebenarnya adalah antara yang tertinggi dalam sejarah siri tinjauan ini," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, satu lagi elemen penting daripada tinjauan terkini itu adalah penurunan pertama bagi kos input sejak Mei 2020 apabila kalangan syarikat meraih manfaat daripada kesan pengukuhan ringgit.
"Kekurangan tekanan inflasi dijangka membantu dalam menyokong pertumbuhan bagi beberapa bulan akan datang," katanya.
Baluch berkata, data Januari menunjukkan satu lagi peningkatan bagi keadaan operasi di seluruh sektor pembuatan ASEAN.
"Keyakinan perniagaan mencapai paras tertinggi sejak April 2023 dan hanya sedikit di bawah purata jangka masa panjang tinjauan, menunjukkan syarikat menjangkakan trajektori pertumbuhan semasa sektor ini akan berterusan," katanya.
Beliau berkata, tanda-tanda tekanan yang semakin meningkat terhadap kapasiti menunjukkan skop penciptaan pekerjaan dipercepat selepas beberapa tempoh pertumbuhan pekerjaan yang hanya sederhana.
Kalangan syarikat pula telah meningkatkan aktiviti pembelian masing-masing untuk menyokong keperluan pengeluaran yang lebih tinggi, katanya.
"Bagaimanapun, pengukuhan terkini ini disertai dengan peningkatan tekanan inflasi, yang menyaksikan kos input dan caj output meningkat. Peningkatan harga seterusnya pada beberapa bulan akan datang boleh menimbulkan risiko bagi prospek pertumbuhan, justeru pemantauan inflasi menjadi penting pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA