KUALA LUMPUR: Ireka Corporation Bhd (Ireka) akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Malaysia pada 10 Mac, selepas pengawal selia bursa menolak rayuannya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Ireka berkata selepas syarikat itu dinyahsenarai, ia akan wujud tetapi sebagai entiti tidak tersenarai dan terus dikemas kini.
Advertisement
“Syarikat masih boleh meneruskan operasi dan perniagaannya serta melaksanakan penstrukturan semula korporat dan pemegang sahamnya masih boleh diberi ganjaran berdasarkan prestasinya.
“Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan diniagakan di Bursa Securities,” katanya.
Syarikat itu menambah bahawa kepentingan dan hak pemegang saham akan kekal dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016.
-- BERNAMA