Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan sebanyak RM19.8 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meraih pelaburan komited kumulatif sejak 2006 kepada RM272.90 bilion.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim berkata walaupun dengan cabaran global semasa, Iskandar Malaysia optimis dan dijangka mencapai sasaran pelaburan bagi 2018.
"Iskandar Malaysia melalui fasa pembangunan ketiga (2016 - 2025) yang menumpukan kepada kemampanan dan inovasi, aliran masuk pelaburan di wilayah itu daripada pelabur asing dan domestik terus meningkat," katanya.
Ismail berkata pada suku ketiga tahun ini, lima sektor utama yang menyumbang kepada jumlah pelaburan itu ialah pembangunan bercampur dengan RM9.7 bilion, logistik (RM670 juta), kreatif (RM540 juta), pendidikan (RM540 juta) dan pelancongan (RM320 juta).
Beliau berkata pelaburan terkini dalam sektor yang digalakkan di Iskandar Malaysia termasuk Shattuck St Mary's Forest City International School oleh Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Pusat Kanser Tunku Laksamana oleh Asian American Medical Group dan Toppen Shopping Centre oleh IKEA Southeast Asia.
Daripada jumlah pelaburan komited dari 2006 hingga Sept 2018, sebanyak 59 peratus atau RM161.33 bilion telah direalisasikan. Sebanyak RM20.8 bilion direalisasikan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, katanya.
"Pelabur domestik menyumbang 60 peratus kepada jumlah pelaburan komited atau bersamaan dengan RM164.9 bilion dan 40 peratus lagi, atau RM108 bilion, daripada pelabur asing. Lima negara utama yang melabur di wilayah (Iskandar) ialah China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Sepanyol.
"Daripada jumlah pelaburan asing, sebanyak 57 peratus dalam sektor perkhidmatan dan 43 peratus dalam pembuatan. Aliran masuk pelaburan ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat dalam pelbagai cara, seperti lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan," kata Ismail.
Beliau berkata ini dapat dilihat daripada Pameran Pekerjaan Iskandar Malaysia baru-baru ini, apabila lebih 1,000 pekerjaan ditawarkan di wilayah itu, dan lebih 740,000 pekerjaan telah diwujudkan di Iskandar Malaysia sejak 2006.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 07 2018

Walaupun dengan cabaran global semasa, Iskandar Malaysia optimis dan dijangka mencapai sasaran pelaburan bagi 2018. - Foto: myiskandarmalaysia.com

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

WEF 2022: Dahulu 'Russia House', kini 'Russia War Crime House'
Tiada jemputan diserahkan kepada mana-mana wakil Rusia susulan sekatan yang dikenakan terutama kepada golongan kaya negara itu.

WEF 2022: Malaysia harus bawa suara ASEAN, Asia Tenggara di Davos
Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu.

Malaysia mampu harungi tekanan inflasi dengan baik - Manulife IM
Keadaan makro semasa Malaysia disokong dengan baik antaranya oleh kedudukan akaun semasa yang munasabah serta rizab pertukaran asing.

Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.

PJM mampu jana nilai jualan RM500 bilion tahun ini - Nanta Linggi
Program Jualan Malaysia menyokong usaha pemulihan ekonomi menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R.

Rancakkan penglibatan OKU dalam ekonomi digital - Ras Adiba
Usaha merancakkan dan mengarusperdanakan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam ekonomi digital harus dilipat ganda.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik - PM
Ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau akhiri minggu ini rendah
Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau untuk mengakhiri minggu ini rendah, dengan indeks utama merosot 0.02 peratus.