awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan panik, ringgit akan pulih - Johari

Bernama
Bernama
19/12/2016
09:26 MYT
Jangan panik, ringgit akan pulih - Johari
JOHARI: Jumlah kenaikan kadar faedah oleh AS bergantung dasar Presiden baharu Donald Trump dan Malaysia perlu menunggu perkembangannya. - fotoBERNAMA
Ringgit, yang rendah seiring dengan mata wang pasaran pesat membangun lain berbanding dolar Amerika, mempunyai kekuatan untuk pulih, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
"Kita tidak perlu panik," katanya.
"Kita mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan (berterusan) melaksanakan dasar yang tepat untuk memudahkan pelabur," katanya semasa ditanya mengenai kejatuhan ringgit kepada 4.4805 berbanding dolar AS awal hari ini.
Tambatan ringgit atau kawalan modal tidak perlu memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian strategik antara Amanah Raya Bhd dan Kenedix Inc, Jepun.
Beliau berkata dengan adanya semua faktor-faktor penting, ringgit akan kembali pulih.
Ringgit dan mata wang pesat membangun lain susut berbanding dolar AS berikutan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Rabu lepas.
Rizab Persekutuan AS juga memberi petunjuk yang akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada 2017.
Johari berkata jumlah kenaikan kadar faedah oleh AS bergantung dasar Presiden baharu Donald Trump dan Malaysia perlu menunggu perkembangannya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar amerika
#Donald Trump
#mata wang
#Ringgit jatuh
#ringgit pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan