KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) sependapat dengan penilaian bahawa paras semasa ringgit adalah terkurang nilai, khususnya dalam keadaan asas-asas ekonomi negara kekal kukuh manakala prospek ekonomi adalah positif.
FMC yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mei 2016, dianggotai oleh wakil bank pusat berkenaan, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain yang berperanan penting atau terbabit dalam pasaran kewangan.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata FMC mengadakan mesyuarat semalam bagi membincangkan perkembangan terkini membabitkan ringgit dalam pasaran pertukaran mata wang asing (forex).
Pada masa sama, FMC turut menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai ringgit, terutama menyentuh penyelarasan antara kerajaan dan BNM bagi meningkatkan aliran masuk wang ke dalam pasaran.
Ini termasuk meningkatkan penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menggalakkan mereka membawa masuk pendapatan pelaburan asing masing-masing dan ditukar kepada ringgit secara lebih konsisten selain memainkan peranan menyokong ringgit dalam persekitaran global yang mencabar.
Menurut kenyataan itu, FMC juga menyedari mengenai impak segera dari segi aliran di pasaran serta peningkatan minat belian terhadap ringgit.
"Potensi bagi pertukaran kepada ringgit selepas ini juga mungkin lebih tinggi, berdasarkan paras semasa baki mata wang asing dalam negara.
"FMC juga mengambil maklum bahawa BNM akan meningkatkan libat urus dengan syarikat korporat dan pelabur untuk terus menggalakkan pertukaran dan mengukuhkan sentimen pasaran terhadap ringgit," kata BNM.
Pada masa sama, FMC juga menyedari mengenai keyakinan berterusan pelabur global terhadap pasaran kewangan Malaysia.
Setakat tahun ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.7 peratus, disokong oleh aliran masuk US$422 juta daripada pelabur bukan pemastautin.
Pegangan bon kerajaan jangka panjang oleh bukan pemastautin juga terus stabil pada sekitar 22 peratus manakala pasaran forex kekal rancak dengan perolehan harian yang sihat sebanyak US$15.3 bilion.
"Ini akan terus memberi kemudahan dari segi pengantaraan secara cekap dalam ekonomi," kata BNM.
Dalam pada itu, Pengerusi FMC yang juga Timbalan Gabenor BNM Adnan Zaylani Mohamad Zahid menyifatkan mesyuarat itu sebagai bermaklumat.
"Berdasarkan pandangan yang dikongsi, prospek untuk ringgit meningkat selepas ini adalah kukuh," katanya.
Sementara itu, Ketua Perbendaharaan Standard Chartered Bank Malaysia Sylvia Wong dipetik sebagai berkata bahawa bank berkenaan telah menyaksikan aliran seimbang daripada pelabur korporat dan institusi dengan ringgit terus diniagakan secara sewajarnya.
"Faktor luaran seperti jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat, terus mempengaruhi pergerakan forex serantau, termasuk ringgit. Apabila jangkaan penurunan kadar faedah AS itu berubah, kadar tukaran juga sepatutnya pulih," katanya.
Ketua Pegawai Pelaburan Allianz Malaysia Bhd Wong Siew Lin pula berkata prestasi positif ekuiti setakat tahun ini adalah ketara dengan alirannya peningkatannya juga secara meluas.
"Di samping itu, (prestasi saham) di pasaran utama juga telah mengatasi saham-saham bermodal kecil pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Jawatankuasa Pasaran Kewangan juga menyedari mengenai impak segera dari segi aliran di pasaran serta peningkatan minat belian terhadap ringgit. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Jawatankuasa Pasaran Kewangan anggap ringgit terkurang nilai, asas ekonomi kekal kukuh
FMC mengadakan mesyuarat pada Jumaat bagi membincangkan perkembangan terkini membabitkan ringgit dalam pasaran pertukaran mata wang asing.