awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jin Air mula penerbangan sewa khas JB-Seoul bulan depan

Bernama
Bernama
30/12/2017
20:03 MYT
Jin Air mula penerbangan sewa khas JB-Seoul bulan depan
Syarikat penerbangan Jin Air Co Ltd bakal memulakan penerbangan sewa khas berjadual pertama di Johor Bahru-Seoul pada Januari tahun hadapan. -Facebook / Jin Air
Syarikat penerbangan Jin Air Co Ltd bakal memulakan penerbangan sewa khas berjadual pertama di Johor Bahru-Seoul pada Januari tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata penerbangan secara sewa khas berjadual itu akan beroperasi bagi tempoh Januari hingga Mac dengan penerbangan dua kali seminggu.
"Pihak syarikat penerbangan juga komited memulakan penerbangan terus berjadual mulai bulan Jun empat kali setahun pada tahun depan (2018)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Penumpang yang ketiga juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini, pada Sabtu.
Tee berkata dengan perkhidmatan penerbangan terbaharu itu juga mampu menjadikan LTAS lebih berdaya saing di peringkat global selain memberi peningkatan kehadiran pelancong warga Korea Selatan dan pelabur luar negara ke negeri ini.
Mengenai majlis sambutan LTAS meraikan penumpangnya yang ketiga juta pada tahun ini, Tee menyifatkan pencapaian lapangan terbang tersebut membuktikan Johor berkembang pesat dan berada dalam landasan yang positif ke arah kuasa ekonomi baharu.
"Saya yakin dengan prestasi Johor kini yang cemerlang, semakin ramai pelabur dan pelancong akan datang ke Johor menerusi LTAS seterusnya menjadikan hab penerbangan yang sangat penting di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jin Air Co Ltd
#Johor Bahru-Seoul
#Korea Selatan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
#LTAS
#penerbangan sewa khas
#syarikat penerbangan
#Tee Siew Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan