[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
BISNES

Jiwa SME 2025: Produk pembersihan mesra alam 'ecominim' raih pengiktirafan

Amzar Alif 17/12/2025 | 11:30 MYT
Produk yang dihasilkan ecominim termasuk pencuci pinggan, detergen pakaian cecair dan serbuk, pencuci tangan, pembersih pelbagai permukaan, pembersih bilik air, pembersih lantai, cecair sanitasi tangan, selain rangkaian khas untuk bayi dan haiwan.
PETALING JAYA: Penyertaan dalam Jelajah Jiwa SME 2025 menjadi pemangkin kepada perkembangan jenama produk pembersihan mesra alam tempatan, ecominim, apabila syarikat itu dinobatkan sebagai Penyertaan Berpotensi pada Pentas Jual sempena Grand Finale Jelajah Jiwa SME 2025 Selangor.

Pengiktirafan tersebut mencerminkan potensi besar ecominim untuk berkembang ke pasaran lebih luas, selain menyerlahkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memanfaatkan platform pembangunan usahawan seperti Jiwa SME bagi menilai kesiapsiagaan produk, penjenamaan serta penerimaan pasaran.

ecominim merupakan jenama tempatan yang mengangkat konsep “Saving the world one wash at a time” dengan menampilkan rangkaian produk pembersihan berasaskan tumbuhan yang dirumus bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar serta selamat digunakan oleh seisi keluarga.

Antara produk yang dipertandingkan dan dipamerkan termasuk pencuci pinggan, detergen pakaian cecair dan serbuk, pencuci tangan, pembersih pelbagai permukaan, pembersih bilik air, pembersih lantai, cecair sanitasi tangan, selain rangkaian khas untuk bayi dan haiwan peliharaan.

Kesemua produk ecominim diformulasikan tanpa bahan kimia keras seperti SLS/ SLES, paraben, fosfat dan formaldehid, menggunakan surfaktan berasaskan tumbuhan serta bahan boleh terbiodegradasi, sekali gus menjadikannya sesuai untuk pengguna berkulit sensitif dan menyokong gaya hidup lestari.

Penyertaan dalam Pentas Jual Jiwa SME 2025 turut memberi peluang kepada ecominim membentangkan nilai produk, model perniagaan dan keunikan jenama di hadapan panel penilai serta pemain industri, sekali gus membuka ruang kepada penambahbaikan dan peluasan pasaran.

Orang ramai yang ingin mendapatkan produk ecominim boleh membelinya secara dalam talian melalui platform Shopee, TikTok Shop, Lazada dan Alpro Online.

Produk ecominim juga boleh didapati di rangkaian runcit terpilih termasuk Village Grocer di Bangsar Village, Wisma Atria dan Southkey Mid Valley Johor Bahru, B.I.G di The LINC, Publika, Bangsar Shopping Centre dan 1 Mont Kiara, serta Qra di Arcoris Mont Kiara, The Five dan Campus Ampang.

Selain itu, produk ecominim turut ditawarkan di rangkaian Unicare Pharmacy dan Alpro Pharmacy, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan produk pembersihan mesra alam buatan tempatan di pelbagai lokasi.


#Jelajah JIWA SME 2025 #PMKS #ecominim #Pentas Jual