BISNES
Jiwa SME bantu STeP angkat usahawan Perak ke persada dunia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan penganjuran Hari Eksport Perak 2025 oleh STeP bagi membantu PKS Perak meneroka pasaran luar negara.
IPOH: Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah memainkan peranan penting untuk menyelaraskan program pembangunan usahawan tempatan, termasuk membantu mereka meneroka pasaran luar negara.
Ringkasan AI
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, STeP bagaimanapun tidak mampu bergerak tanpa bantuan serta sokongan daripada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta seperti Astro.
Sehubungan itu, katanya, STeP telah berkolaborasi bersama Astro AWANI dalam menjayakan Program Jiwa SME di Perak, fokus kepada membangunkan usahawan dari segi digital.
“Jadi dah tentulah saya kira program seumpama ini dengan Astro mempunyai nama yang besar dan kita membawa usahawan-usahawan untuk kita angkat dalam bentuk pemasaran digital.
“Kita memberi ruang kepada usahawan untuk melebarkan sayap, memasarkan produk mereka melalui pemasaran digital ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, STeP yang ditubuhkan pada 2020 berfungsi sebagai penyelaras, perancang, pelaksana dan pemantau data serta program yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian, pihak berkuasa, jabatan, agensi negeri dan persekutuan di Perak.
Menurutnya, jika dahulu mungkin hanya orang Perak saja yang kenal produk-produk usahawan Perak, tetapi melalui Program Jiwa SME, membuka ruang kepada produk-produk Perak untuk dikenali di seluruh negara.
Sambil merakamkan terima kasih kepada Astro AWANI, Salbiah berkata, kolaborasi yang terjalin sejak 2023 itu telah memberi impak yang cukup besar kepada usahawan di negeri Perak.
“Kita melihat Program Jiwa SME ini benar-benar memberi impak yang baik kepada usahawan PMKS di negeri Perak.
“Dalam program Jiwa SME ini ada pelbagai pengisian, ada pameran, forum dan juga perkongsian.
“Jadi penglibatan usahawan di negeri Perak dalam Program Jiwa SME ini saya kira samada secara langsung ataupun tidak langsung agak memberangsangkan dan cukup ramai,” ujarnya.
Beliau yakin Program Jiwa SME di Perak yang akan diadakan di AEON Kinta City, Ipoh pada 28 dan 29 Jun ini akan menarik penyertaan lebih ramai usahawan Perak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah diatur.
Katanya, dalam program tahun ini, seramai 20 usahawan berpeluang mempamer dan menjual produk masing-masing di samping penglibatan lebih ramai usahawan secara langsung dan tidak langsung.
“Saya menjangkakan, kalau tahun lepas kehadiran lebih daripada 5,000 orang, tahun ini apabila kita dah mula sebar luaskannya, usahawan-usahawan juga berkongsi dengan usahawan lain manfaat yang mereka dapat melalui program Jiwa SME, mungkin lebih ramai lagi yang akan hadir,” tambahnya.
Dalam pada itu, Salbiah juga menjangkakan peranan STeP akan lebih besar dari semasa ke semasa, terutamanya fokus kepada usaha untuk memperluaskan pasaran dan produk usahawan Perak ke peringkat dunia.
“Sekarang STeP berjaya memainkan peranan sesuai dengan fungsinya dan dengan penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri, STeP akan terus membantu membangunkan usahawan dari kecil kepada sederhana, seterusnya besar sehingga mampu melebarkan sayap keluar negara,” katanya.
Ujarnya, selain penganjuran program latihan dan bimbingan, STeP turut menyediakan geran, seperti Geran Usahawan Perak (GeRAK) dan untuk mendapatkan sijil halal, yang sentiasa ditambah baik.
“Saya jangka akan ada bajet baharu atau tambahan di tahun-tahun akan datang, terutamanya fokus kepada usaha perluasan pasaran dan produk usahawan Perak,” kata beliau.
Ringkasan AI
- Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bekerjasama dengan Astro AWANI melalui Program Jiwa SME untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk secara digital dan menembusi pasaran lebih luas.
- Program Jiwa SME memberi impak besar kepada usahawan PMKS di Perak melalui pameran, forum dan perkongsian, dengan penyertaan yang semakin meningkat setiap tahun.
- STeP turut menyediakan geran seperti GeRAK dan bantuan pensijilan halal, serta dijangka memainkan peranan lebih besar dalam memperluas pasaran produk usahawan Perak ke peringkat antarabangsa.