awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johan Ishak dilantik CEO Media Prima Television Networks

Bernama
Bernama
28/09/2017
14:02 MYT
Johan Ishak dilantik CEO Media Prima Television Networks
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Talib berkata, Johan (gambar) akan membawa pengetahuan yang banyak untuk memimpin MPTN sambil terus memberi kandungan terbaik kepada penontonnya. - Foto Media Prima
Media Prima Bhd telah melantik Johan Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN), berkuat kuasa 2 Oktober ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu juga mengumumkan pelantikan Fan Chen Yip sebagai Ketua Pengurusan Akaun Utama dan Perancangan Jualan Media berkuat kuasa 16 Oktober.
Kumpulan itu juga melantik Alfian Talib sebagai Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), berkuat kuasa 15 September.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Talib berkata, Johan, 42, akan membawa pengetahuan yang banyak untuk memimpin MPTN sambil terus memberi kandungan terbaik kepada penontonnya.
"Johan akan meneruskan usaha transformasi digital MPTN seiring dengan wawasan kumpulan untuk menjadi kandungan digital pertama dan syarikat perdagangan terkemuka," kata Kamal.
Menurutnya, Fan, 46, dan Alfian, 41, mempunyai pengalaman dalam industri penting yang sangat bernilai dalam membantu Media Prima menyampaikan penyelesaian pengiklanan media kepada pelanggan yang berhasrat mengambil peluang daripada platform media bersepadu kumpulan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO
#Johan Ishak
#Media Prima
#MPTN
#tv3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan