Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menemui Dewan Perniagaan Amerika Syarikat untuk membincangkan isu-isu yang timbul mengenai masa depan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata pertemuan itu berlangsung pada Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington DC, Amerika Syarikat, yang bermula pada Khamis.
Turut dibincangkan keutamaan dasar Malaysia bagi pembangunan sektor kewangan yang berterusan.
Kementerian itu berkata Johari juga akan mengadakan pertemuan dengan tiga agensi penarafan antarabangsa untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai pembangunan ekonomi dan kewangan semasa Malaysia, serta langkah-langkah yang diambil untuk menangani cabaran.
"Mereka akan diberi penerangan mengenai inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan monetari dan fiskal negara," katanya.
Mesyuarat tersebut merupakan platform bagi penggubal dasar dari seluruh dunia berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan kepada ekonomi global, sistem kewangan antarabangsa dan kemajuan agenda pembangunan global, termasuk mengurangkan jumlah kemiskinan.
Acara itu akan turut menekankan kemajuan aktiviti IMF dan Kumpulan Bank Dunia, termasuk dasar-dasar dan program yang dilaksanakan untuk membantu negara-negara anggota yang menghadapi masalah kewangan dan pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017

Johari (gambar) akan mengadakan pertemuan dengan tiga agensi penarafan antarabangsa untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai pembangunan ekonomi dan kewangan semasa Malaysia. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PKP 2.0: Kerajaan rugi RM 600 juta | Kelantan laksana HSO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Trump ucap 'selamat' kepada pentadbiran baharu AS, bangga pencapaian selama memerintah
Dalam video ucapan akhir itu, Trump yang merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 berharap negara akan kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.
![[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris [LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611095461_BidenHarris.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris
Joe Biden bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 hari ini.

Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca
Sejumlah 3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.

Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.

Najib ada kuasa wujudkan ketidakstabilan dalam hidup saya - Bekas pegawai khas
Walaupun bekas bosnya itu tidak pernah mengancam dirinya, beliau merasakan seolah-olah 'terperangkap di tengah-tengah' kerana Najib mempunyai pengaruh untuk mewujudkan kekacauan dalam hidupnya.

Tular: Kabinet Bayangan BN-Pas Pasca PRU15? - Tok Mat PM, Zahid dan Khairy tersingkir
Infografik kabinet bayangan gabungan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pas Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mula tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Dua bekas Menteri Kewangan II beri keterangan kepada PAC Parlimen
Dua bekas Menteri Kewangan II hadir memberi penerangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen semalam berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhid

'Najib bukan lagi Presiden UMNO, masing-masing beranilah cakap!'
Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai liabiliti dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat tidak sepatutnya keluar dari mulut orang lama UMNO, ujar Profesor Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam.

'Saya harap Najib tidak terasa hati' - Ahmad Zahid
Saya mengambil pendekatan bahawa mana-mana pemimpin yang terdahulu harus dihormati kerana jika tidak ada yang dahulu, tidak ada yang sekarang.

'Cai' cuba tagih undi calon Pemilihan UMNO
Kertas panduan yang siap dengan nama dan nombor calon menjadi antara bahan kempen calon bertanding pada Pemilihan UMNO 2018.

Wujudkan semula jiwa pengorbanan dalam UMNO - Johari Abdul Ghani
UMNO mampu dipulihkan jika semua anggotanya mewujudkan semula jiwa pengorbanan untuk parti dalam diri masing-masing, ujar calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

UMNO perlu dibentuk jadi pembangkang progresif - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, parti itu kini perlu bersifat lebih terbuka dengan budaya mengkritik, namun ia bukan syarat untuk melontarkan fitnah sewenang-wenangnya.

Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.