JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri telah menyatakan kesediaan dan potensi Johor untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Katanya beliau telah berkesempatan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Pengarah Wilayah Tesla Isabel Fan.
"Menerusi perbincangan ini, pelbagai perincian serta perancangan telah diutarakan oleh pihak Tesla," katanya dalam hantaran di laman Facebook di sini.
Beliau berkata ekosistem yang kondusif dan pengukuhan polisi kerajaan yang menekankan peralihan kepada teknologi hijau, telah memberikan keyakinan kepada syarikat kenderaan elektrik (EV) mega itu untuk melabur di Malaysia.
"Jutaan penghargaan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pihak-pihak berkaitan atas usaha berterusan merancakkan pelaburan di Malaysia.
"Semoga segala yang direncanakan akan membuahkan hasil, terutamanya dalam meningkatkan peluang pekerjaan serta keterlibatan syarikat tempatan dalam ekosistem pelaburan pihak Tesla sama ada di peringkat domestik atau global. Insya-Allah," katanya.
Turut hadir pada pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
"Menerusi perbincangan ini, pelbagai perincian serta perancangan telah diutarakan oleh pihak Tesla," kata Onn Hafiz. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.
Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak
Sasaran itu perlu dicapai bagi memastikan Johor mempertahankan dan mengulangi kejuaraan yang dilakar ketika Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Johor negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.
Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor
Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Istana Besar, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan yang ke-65.
Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
Singtel nyata kesediaan bangunkan kampus pusat data di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengadakan sesi perjumpaan dan lawatan ke Singtel yang merupakan salah satu daripada empat syarikat telekomunikasi utama di Singapura.
Tinjau CIQ BSI, KSAB secara kerap bukan cari kesalahan sesiapa - MB Johor
Masalah di CIQ bukanlah sesuatu yang berlaku dalam satu atau dua tahun lepas, tetapi telah menjadi 'warisan'.
Johor sasar pertumbuhan ekonomi pada 4.1-5.0 peratus tahun ini - MB
Pertumbuhan KDNK bagi Johor pada tahun lepas dianggarkan 6.5 peratus hingga 7.1 peratus yang juga antara angka tertinggi di Malaysia.
Johor-Singapura setuju teliti pelbagai kaedah tingkat kesalinghubungan - Onn Hafiz
Onn Hafiz ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula Ahad (12 Februari).