BISNES
Johor rakan strategik pelaburan ASEAN - Onn Hafiz
Onn Hafiz (tengah) menyertai sesi perbincangan khas Fireside Chat bertajuk “JS-SEZ: A Model for Win-Win Economic Integration” bersama tokoh ekonomi berpengaruh, Azman Mokhtar (kanan) dan Dr Beh Swan Gin. - Gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor terus mengorak langkah ke hadapan dalam memposisikan negeri itu sebagai kuasa ekonomi serantau apabila menjadi tuan rumah kepada Ikhlas Capital Annual Conference 2025 - persidangan berprestij yang menghimpunkan pelabur utama dan pemimpin industri dari seluruh rantau Asia Tenggara.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan pemilihan Johor sebagai lokasi persidangan itu sebagai satu pengiktirafan besar terhadap potensi ekonomi negeri, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai rakan strategik utama dalam landskap pelaburan ASEAN.
Dalam masa sama, beliau menegaskan komitmen penuh Kerajaan Negeri untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala melalui inisiatif strategik seperti pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang bakal menjadi pemangkin kerjasama rentas sempadan dan lonjakan baharu ekonomi Johor.
“Persidangan seperti ini amat penting untuk memperkukuh keyakinan pelabur serta membina jaringan strategik yang mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.
“Semoga Johor terus melangkah ke hadapan sebagai kuasa ekonomi baharu rantau ini menjelang 2030. Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook peribadi beliau pada Jumaat.
Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menyertai sesi perbincangan khas Fireside Chat bertajuk “JS-SEZ: A Model for Win-Win Economic Integration” bersama tokoh ekonomi berpengaruh, Tan Sri Azman Mokhtar dan Dr Beh Swan Gin yang menyentuh secara mendalam tentang potensi besar JS-SEZ sebagai model kerjasama ekonomi seimbang dan inklusif yang melibatkan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Singapura serta sektor swasta.
Menurut Menteri Besar Johor itu, pembangunan JS-SEZ diyakini akan membawa pelaburan berkualiti tinggi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan.
“Kejayan ini sejajar dengan aspirasi Johor ke arah menjadi kuasa ekonomi baharu menjelang 2030,”ringkasnya.
Pada persidangan itu, beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Food Empire dan Santan, jenama F&B milik AirAsia.
Usaha sama tersebut bertujuan meneroka penghasilan produk makanan dan minuman segera berjenama bersama, khusus untuk pasaran penerbangan dan runcit, sekali gus memperkukuh lagi rantaian nilai industri makanan halal serantau.
Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Ikhlas Capital atas penganjuran persidangan yang berkualiti tinggi ini, serta memberi ruang kepada Johor untuk memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan pelaburan dan integrasi ekonomi serantau.
Persidangan itu bermatlamat membincangkan masa depan ekonomi serantau yang lebih mampan, progresif dan berdaya saing dalam dunia pasca pandemik serta era peralihan teknologi global.