JOHOR BAHRU: Johor menerima pelaburan bernilai RM4.5 billion dari Korea Selatan menerusi 80 projek sejak 10 tahun lepas yang telah mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor Lee Ting Han berkata pelabur dari Korea merupakan antara pelabur antarabangsa yang menjadi tumpuan utama negeri itu.
"Pelbagai usaha dilakukan termasuk menganjurkan forum perniagaan untuk menarik lebih banyak pelaburan baharu datang ke Johor. Tahun ini ada tiga atau empat syarikat dari Korea Selatan yang tunjukkan minat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Johor-Korea 2023, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae.
Lee berkata fokus kerajaan negeri terhadap pelaburan dari Korea Selatan melibatkan syarikat berkaitan kimia, petrokimia dan pembuatan berikutan kepakaran yang dimiliki negara itu.
"Dari segi 'ranking', Korea Selatan berada pada kedudukan ketiga atau keempat daripada negara asing yang membuat pelaburan terbesar di Johor, tempat pertama biasanya antara China atau Singapura, manakala Korea Selatan dan Jepun menduduki tempat ketiga atau keempat," katanya.
Mengenai forum perniagaan tersebut, beliau berkata, ia melibatkan seramai 60 delegasi perniagaan dari Korea Selatan dan juga Johor untuk melakukan padanan perniagaan serta meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.
"Menerusi langkah ini, kita bukan sahaja membawa masuk pelaburan asing dan mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi juga pekerjaan berimpak tinggi yang akan memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada modal insan tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae turut hadir di Forum Perniagaan Johor-Korea 2023 di Johor Bahru hari ini. - Bernama
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
KL20 2024: Kerajaan umum RM3 bilion pelaburan termasuk Khazanah Berhad
Ia termasuk pelaburan berjumlah RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.