awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kurangkan bilangan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak, doktor bimbang risiko penyakit
Pengecualian cukai jualan input pertanian ‘durian runtuh’ kepada sektor pertanian - KPKM
MAIPs salur RM2.7 juta bantuan zakat menerusi 91 kayuhan sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
05/01/2026
03:15 MYT
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
Onn Hafiz (depan, lima dari kiri) mengetuai delegasi kerajaan Johor mengadakan pertemuan dengan ByteDance yang juga syarikat induk TikTok, Douyin dan CapCut itu di China pada 23 Disember 2025. - Gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Johor terus menumpukan usaha bagi memperkukuh komitmen jangka panjang syarikat teknologi global, ByteDance di negeri itu selaras dengan pelaburan pusat data berskala besar syarikat berkenaan yang berasaskan kecederasan buatan (AI) di Malaysia yang melebihi RM29.5 bilion.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini melibatkan usaha seperti menerusi pertemuan dengan ByteDance yang juga syarikat induk TikTok, Douyin dan CapCut itu di China pada 23 Disember 2025.
"Menerusi perbincangan ini, saya menegaskan pendirian bahawa Johor bukan sekadar destinasi infrastruktur, sebaliknya rakan strategik digital yang mampu menyokong operasi berskala besar secara selamat, mampan dan berdaya tahan untuk jangka panjang," katanya menerusi catatan di laman Facebook.
Sebelum ini, TikTok melalui ByteDance System telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai di sini.
Onn Hafiz berkata, dengan kedudukan strategik di ASEAN, kos operasi yang kompetitif serta akses langsung ke pasaran serantau, Johor berpotensi menyokong pertumbuhan berterusan ByteDance di Asia Tenggara termasuk keperluan pusat data berprestasi tinggi, operasi sokongan platform dan pembangunan bakat digital.
Beliau berkata, pertemuan itu juga antara lainnya bertujuan meneroka potensi kerjasama fasa seterusnya melangkaui infrastruktur kepada operasi serantau, AI dan pembangunan ekosistem kandungan digital.
"Ini sekali gus membuka laluan baharu kerjasama strategik yang menempatkan Johor sebagai hab digital serantau yang selamat, mampan dan berdaya saing untuk jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#komitmen jangka panjang
#ByteDance
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan