BISNES
Johor-Singapura perkukuh kerjasama strategik sektor kesihatan di JS-SEZ - MB
Onn Hafiz mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung di Orchard, Singapura pada Khamis. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi
SINGAPURA: Kerajaan Johor dan Singapura komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor kesihatan melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dengan tumpuan kepada teknologi perubatan, pelaburan kesihatan, pelancongan perubatan serta pembangunan bakat tenaga kerja.
Ringkasan AI
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerjasama ini penting bagi memastikan sektor kesihatan negeri Johor terus berkembang secara progresif dan mampu memenuhi keperluan rakyat dalam jangka panjang.
“Kami mencadangkan agar program latihan profesional dan peningkatan kemahiran kakitangan kesihatan dilaksanakan secara bersama dengan institusi kesihatan terkemuka di Singapura, termasuk meneroka kerangka sandbox sebagai platform dasar progresif dalam kawasan JS-SEZ,” katanya selepas mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung di Orchard, Singapura pada Khamis.
Onn Hafiz berkata, pertemuan itu turut membincangkan cabaran kekurangan tenaga kerja kesihatan serta keperluan untuk mempercepatkan pembangunan sistem kesihatan yang lebih inklusif dan responsif melalui perkongsian data dan pengalaman antara kedua-dua negara.
“Kami bersetuju bahawa pertukaran data dan amalan terbaik amat penting dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan awam di kedua-dua negara, terutamanya bagi mempertingkat kesedaran kesihatan rakyat,” katanya.
Isu berkaitan pengambilan tenaga kerja kesihatan turut dibincangkan secara terbuka dalam semangat kerjasama dua hala.
“Kami sependapat bahawa sebarang inisiatif mobiliti tenaga kerja perlu dilaksanakan menerusi saluran rasmi dan kerangka kerjasama yang tersusun serta telus demi manfaat bersama,” jelas Onn Hafiz.
Beliau yakin, hasil pertemuan ini akan menjadi asas kukuh kepada kerjasama kesihatan yang lebih mampan dan menyeluruh pada masa hadapan, khususnya dalam memastikan rakyat Johor mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, adil dan berkesan.
Ringkasan AI
- Kerjasama JohorSingapura dalam sektor kesihatan diperkukuh melalui JS-SEZ, dengan fokus kepada teknologi perubatan, pelaburan kesihatan, pelancongan perubatan dan pembangunan bakat.
- Cadangan latihan bersama dan kerangka sandbox dikemukakan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja kesihatan serta mempercepat pembangunan sistem kesihatan yang inklusif dan responsif.
- Pertukaran data dan mobiliti tenaga kerja akan dilaksanakan secara rasmi dan telus, sebagai asas kepada kerjasama kesihatan yang mampan demi manfaat rakyat Johor dan Singapura
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerjasama ini penting bagi memastikan sektor kesihatan negeri Johor terus berkembang secara progresif dan mampu memenuhi keperluan rakyat dalam jangka panjang.
“Kami mencadangkan agar program latihan profesional dan peningkatan kemahiran kakitangan kesihatan dilaksanakan secara bersama dengan institusi kesihatan terkemuka di Singapura, termasuk meneroka kerangka sandbox sebagai platform dasar progresif dalam kawasan JS-SEZ,” katanya selepas mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung di Orchard, Singapura pada Khamis.
Onn Hafiz berkata, pertemuan itu turut membincangkan cabaran kekurangan tenaga kerja kesihatan serta keperluan untuk mempercepatkan pembangunan sistem kesihatan yang lebih inklusif dan responsif melalui perkongsian data dan pengalaman antara kedua-dua negara.
“Kami bersetuju bahawa pertukaran data dan amalan terbaik amat penting dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan awam di kedua-dua negara, terutamanya bagi mempertingkat kesedaran kesihatan rakyat,” katanya.
Isu berkaitan pengambilan tenaga kerja kesihatan turut dibincangkan secara terbuka dalam semangat kerjasama dua hala.
“Kami sependapat bahawa sebarang inisiatif mobiliti tenaga kerja perlu dilaksanakan menerusi saluran rasmi dan kerangka kerjasama yang tersusun serta telus demi manfaat bersama,” jelas Onn Hafiz.
Beliau yakin, hasil pertemuan ini akan menjadi asas kukuh kepada kerjasama kesihatan yang lebih mampan dan menyeluruh pada masa hadapan, khususnya dalam memastikan rakyat Johor mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, adil dan berkesan.

#kesihatan melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
#mobiliti tenaga kerja p
#kekurangan tenaga kerja kesihatan