BUSINESS
JS-SEZ: Enam bank antarabangsa, tempatan meterai LOI
Datuk Seri Rafizi Ramli berkata penglibatan pihak bank sebagai saluran modal akan merangsang penyertaan sektor swasta, melalui pengumpulan modal dan aktiviti perdagangan.
KUALA LUMPUR: Enam institusi kewangan meliputi bank antarabangsa dan tempatan telah menandatangi surat niat (LOI) dalam usaha mempertingkatkan kemudahan pinjaman di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Ringkasan AI
Enam institusi bank tersebut masing-masing Bank of America; HSBC; Sumitomo Mitsui Banking Corporation; CGS International Securities; Malayan Banking Berhad (Maybank); serta CIMB.
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata penglibatan pihak bank sebagai saluran modal akan merangsang penyertaan sektor swasta, melalui pengumpulan modal dan aktiviti perdagangan.
"Kerjasama kami dengan pelbagai bank dari seluruh dunia menunjukkan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar dua negara ASEAN (Malaysia dan Singapura) bergabung.
"Akan ada satu lagi yang akan datang, diharapkan sekurang-kurangnya pada permulaan dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk menarik pelaburan.
"Memandangkan bank adalah mata dan telinga kepada pelanggan mereka. Ramai daripada mereka berskala institusi, merangkumi dana pencen hingga tabung amanah besar, yang sentiasa mencari peluang pertumbuhan baharu.
"Mendapat sokongan daripada tonggak utama sistem kewangan ini mungkin merupakan tanda kemajuan dan keyakinan paling besar terhadap JS-SEZ setakat ini," kata Rafizi.
Beliau berucap pada Majlis “The JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation” yang berlangsung di ibu negara pada Isnin, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Katanya, pemeteraian LOI itu akan meliputi empat tonggak utama iaitu sokongan pembiayaan dalam bidang strategik seperti industri hijau, digital, dan kreatif.
Perkata tersebut, jelas beliau akan dicapai melalui penyediaan penyelesaian pembiayaan perdagangan, jaminan pelaburan serta kemudahan kredit bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI).
"Tonggak kedua dan ketiga memberi tumpuan kepada promosi dan penglibatan pihak berkepentingan.
"Idea utamanya adalah untuk memanfaatkan rangkaian sentuhan bank-bank di seluruh dunia. Ini dilakukan dengan meneroka jaringan pegawai perhubungan bank dan penasihat kekayaan peribadi.
"Tonggak keempat memberi tumpuan kepada penyelidikan dan risikan pasaran. Kami akan menyediakan laporan tinjauan ekonomi secara berkala, analisis pasaran dan maklumat khusus sektor bagi menyokong pembangunan dasar di Zon Ekonomi Khas (SEZ)," tambah Rafizi.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Pelan Tindakan JS-SEZ dijangka dilancarkan akhir tahun ini, merangkumi pelan hala tuju komprehensif dengan visi jangka panjang, aspirasi strategik dan peluang pelaburan.
JS-SEZ ialah inisiatif strategik hasil kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang dimeterai pada 7 Januari 2025.
Ia bertujuan untuk meningkatkan integrasi ekonomi serantau, menarik pelaburan bernilai tinggi, dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Enam institusi kewangan termasuk Bank of America, HSBC, Maybank dan CIMB menandatangani LOI untuk menyokong kemudahan pinjaman di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
- Kerjasama ini meliputi pembiayaan sektor strategik (hijau, digital, kreatif), promosi pelaburan, penglibatan pihak berkepentingan global, serta penyelidikan pasaran dan analisis ekonomi.
- Pelan Tindakan JS-SEZ dijangka dilancar hujung tahun ini, bertujuan menarik pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi hasil kerjasama Malaysia-Singapura.