BISNES
JS-SEZ jadikan Johor pemacu industri Asia Tenggara
Tengku Zafrul (depan, tengah) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika pelancaran Projek Bandar Industri MBW Innexus di Pasir Gudang–Tanjung Langsat. - Sumber foto FB Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Johor melakar sejarah baharu pembangunan industri dengan pelancaran Projek Bandar Industri MBW Innexus di Pasir Gudang–Tanjung Langsat yang dijangka menjadi mercu tanda utama Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, projek strategik berkeluasan 732 ekar itu bukan sahaja menampilkan 36 plot industri berat bebas milik, malah berpotensi menarik pelaburan bernilai tinggi dari dalam dan luar negara, khususnya dalam sektor berimpak besar seperti tenaga, logistik, automotif dan teknologi hijau.
MBW Innexus dijangka mewujudkan lebih 37,000 peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Johor, dengan penekanan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi yang mampu menawarkan gaji kompetitif serta meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
Pelancaran MBW Innexus merupakan isyarat jelas bahawa Johor sedang muncul sebagai enjin pertumbuhan baharu Malaysia di rantau ini.
“Projek MBW Innexus ini adalah bukti nyata keyakinan pelabur terhadap Johor dan Malaysia. MITI komited memastikan inisiatif di bawah JS-SEZ bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui penciptaan pekerjaan berkualiti dan pemindahan teknologi," kata Tengku Zafrul, ketika mengadakan lawatan ke YTL Green Data Centre di Kulai, di sini pada Khamis.
“JS-SEZ merupakan antara inisiatif paling strategik negara kerana ia menghubungkan kekuatan Johor dengan Singapura. Ia akan memperkukuh daya saing rantau ini sebagai hab ekonomi serantau, menarik pelaburan berteknologi tinggi, serta mengukuhkan rantaian bekalan Asia Tenggara," tambahnya.
Majlis pelancaran itu turut menyaksikan perjanjian kewangan bilateral antara MB World Group dan Maybank Islamic Berhad termeterai, serta penyerahan blueprint industri pintar bersama Telekom Malaysia Berhad.
Momentum pelaburan Johor semakin terserlah apabila negeri itu mencatat RM30.1 bilion pelaburan pada suku pertama 2025, rekod tertinggi di Malaysia.
Angka tersebut bukan sahaja mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa, tetapi juga menjanjikan lebih 33,000 peluang pekerjaan baharu di pelbagai sektor strategik dan pemindahan teknologi yang signifikan, jelas Tengku Zafrul.

#menjadi mercu tanda utama Zon Ekonomi Khas Johor Singapura JS-S
#mengukuhkan rantaian bekalan Asia Tenggara
#37 000 peluang pekerjaan
#mencatat RM30 1 bilion pelaburan