BUSINESS
JS-SEZ: Sokongan berterusan, pastikan PKS turut nikmati hasil - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul tegaskan PKS tidak akan ketinggalan dalam menikmati limpahan hasil JS-SEZ. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak akan ketinggalan dalam menikmati limpahan hasil Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebagai Pengerusi ASEAN, salah satu matlamat Malaysia ialah menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN bagi meningkatkan penglibatan PKS dan memuktamadkan perjanjian rangka kerja ekonomi digital, dengan JS-SEZ sebagai platform bagi menyokong PKS menerobos pasaran ASEAN.
“Salah satu keutamaan sebagai pengerusi ASEAN adalah untuk kita menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN.
“Pada masa yang sama kita mahu mendapatkan lebih banyak PKS dan mikro PKS terlibat. Kami juga, berharap akan membuat keputusan mengenai perjanjian rangka kerja ekonomi digital, di mana ini sekali lagi, akan menyokong PKS."JS-SEZ ialah pangkalan di mana anda mempunyai akses kepada logistik yang hebat untuk menyokong eksport anda ke pasaran di ASEAN untuk PKS,” katanya pada sesi Fostering Business Expansion And Transforming Talent and Technology dalam Forum Perniagaan Dan Pelaburan Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), pada Isnin.
JS-SEZ menawarkan beberapa insentif dan inisiatif untuk perniagaan, khususnya PKS, antaranya termasuk kadar cukai korporat khas dan ketersambungan yang lebih baik.
Syarikat yang menjalankan pelaburan baharu dalam sektor pertumbuhan tinggi boleh menikmati kadar cukai korporat khas sebanyak 5 peratus sehingga 15 tahun.
Selain itu, kewujudan Pusat Fasilitasi Invest Malaysia – Johor (IMFC-J) berfungsi sebagai pusat sehenti untuk permohonan dan kelulusan pelaburan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami