KUALA LUMPUR: Jualan automotif bagi Kumpulan UMW melonjak sebanyak 64 peratus kepada 36,358 unit pada Oktober 2021 berbanding 22,193 unit jualan yang dicatatkan pada September 2021.
Ia berikutan kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu Perodua terus menunjukkan pemulihan susulan pelonggaran terhadap sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP).
"Kumpulan menjangka pemulihan jualan automotif dapat dikekalkan sehingga bulan November dan Disember, disokong oleh pengenalan model baharu dan promosi akhir tahun.
"Kami menghargai keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini, yang mana kami percaya ini akan memacu industri automotif tempatan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bulan lepas, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 8,500 unit atau 5.8 peratus lebih tinggi berbanding 8,033 unit yang dicatatkan pada September dengan Toyota Vios terus menjadi antara model terlaris pada Oktober, diikuti oleh model Hilux dan Yaris.
Setakat Oktober 2021, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 54,618 unit, 24.7 peratus lebih tinggi daripada 43,807 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Pada Oktober, Perodua berjaya memecahkan rekod jualan bulanan sebanyak 27,858 unit, pemulihan yang memberangsangkan berbanding 14,160 unit yang didaftarkan pada September 2021.
Perodua Myvi merupakan model jualan terbaik bagi bulan itu, diikuti oleh Axia dan Bezza.
Dari segi pengeluaran kenderaan, Oktober juga menunjukkan jumlah pengeluaran kenderaan tertinggi bagi tempoh sebulan dengan 29,803 unit.
Bagi tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 146,951 unit, 14.5 peratus lebih rendah berbanding 171,861 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada 2020, sebahagian besarnya disebabkan oleh sekatan PKPP dan selebihnya berpunca daripada kekurangan cip semikonduktor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Ia berikutan UMWT dan syarikat bersekutu Perodua terus menunjukkan pemulihan susulan pelonggaran terhadap sekatan PKPP. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.
GRANTT Lubricants ‘melincirkan’ Borneo Safari untuk tahun kelapan berturut-turut
Turut dilancar Kempen Perdagangan untuk tingkatkan kesedaran dan penerimaan pengguna terhadap Minyak Enjin Diesel Quasar keluaran GRANTT.
Unit Sime Darby selesaikan pengambilalihan pegangan UMW pada harga RM3.57 bilion
Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.
Eksklusif: Pengambilalihan UMW penting, Toyota, Perodua akan bantu Sime Darby berkembang
Menurut Jeffri, ketika ini Sime Darby hanya menguasai sekitar 15 peratus perkongsian pasaran melibatkan segmen premium.
Lebih 99 peratus pemegang saham Sime Darby lulus pengambilalihan UMW
99.7 peratus pemegang saham Sime Darby Bhd memberikan kelulusan mengambilalih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd.
Inisiatif Pucuk Hijau: UMW tanam 2,000 pokok bakau di Tuaran, Sabah
Inisiatif Pucuk Hijau UMW diteruskan lagi di daerah Tuaran, Sabah pada kali ini dengan sasaran sebanyak 2,000 anak pokok bakau ditanam dalam masa sehari.
PNB sahkan cadangan gabungan Sime Darby, UMW
PNB mengesahkan cadangan penggabungan UMW Holdings Berhad (UMW) dan Sime Darby Berhad (Sime Darby), sebuah syarikat multinasional Malaysia dalam sektor perindustrian serta permotoran.
Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.
Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus pada Jun 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang lebih baik.