KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu disebabkan penghantaran tempahan yang tertunggak, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Dalam satu kenyataan hari ini, persatuan itu berkata keseluruhan volum industri bagi Februari 2023 adalah 27 peratus lebih tinggi dari Januari 2023 iaitu sebanyak 49,479 unit.
Jumlah jualan Februari bagi tahun sehingga kini lebih tinggi pada 112,128 unit berbanding 86,595 unit dalam tempoh yang sama pada 2022.
Jualan kenderaan penumpang meningkat kepada 55,555 unit pada Februari 2023 berbanding 40,119 unit pada Februari 2022, dan jualan kenderaan komersial pada bulan yang sama meningkat kepada 7,094 unit daripada 4,943 unit sebelum ini, kata MAA.
Sebanyak 63,798 kenderaan dikeluarkan pada Februari 2023 berbanding 51,291 unit pada bulan yang sama tahun lepas. Pengeluaran kenderaan penumpang berjumlah 59,843 unit berbanding 47,445 unit setahun yang lalu. Pengeluaran kenderaan komersial berjumlah 3,955 unit berbanding 3,846 unit sebelumnya.
Mengenai unjuran untuk Mac 2023, MAA menjangkakan volum jualan akan lebih tinggi dari Februari 2023, dipacu oleh penghantaran segera oleh syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2023, kempen promosi musim perayaan Hari Raya dan bagi memenuhi tempahan yang dibuat semasa tempoh pengecualian cukai jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Menurut MAA, jualan kenderaan penumpang meningkat kepada 55,555 unit pada Februari 2023 berbanding 40,119 unit pada Februari 2022. - MAA
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
12 terbunuh dalam serangan di Wilayah Pesisir Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata di sebuah gelanggang sabung ayam di wilayah pesisir Manabi, Ecuador, menurut pihak polis pada Jumaat.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit.

Banjir: 180 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Johor dan Sabah
Di Johor, hanya 25 orang daripada sembilan keluarga masih berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat setakat 4 petang ini.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang langkah awal pembinaan negara - MCPF
Usaha itu perlu dimulakan daripada peringkat awal pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman Perlembagaan Persekutuan.

Pelan pendidikan tinggi baharu dilancar tahun ini - Timbalan Menteri
Antara tumpuan pelan berkenaan adalah teknologi baharu, terutama berkaitan AI yang semakin menjadi keperluan dalam pelbagai bidang.
KBS komited kukuh dasar kerangka urus tadbir sukan tangani isu anti-doping
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa komited untuk memperkukuhkan dasar kerangka urus tadbir sukan yang berintegiriti untuk mencapai matlamat khususnya atlet-atlet di negara ini sentiasa menjaga integiriti mereka dengan tidak mengamalkan doping.
'Ini adalah permulaan baharu' - Azizulhasni Awang
"Ini adalah permulaan baharu, bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan atlet muda yang lain," jelas bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang. #AWANInews

BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.

Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.