KUALA LUMPUR: Jumlah jualan kenderaan terus melonjak ketara kepada 44,275 unit pada September, berbanding 17,500 unit yang dijual pada bulan sebelumnya.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah 153% lebih tinggi pada September berbanding Ogos.
"Lonjakan jualan pada bulan dikaji disokong operasi semula perniagaan di seluruh negara berikutan pelonggaran sekatan yang dilaksanakan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
MAA berkata, kekurangan cip komputer bagaimanapun menjejaskan jualan beberapa pengeluar pada bulan dikaji.
"Beberapa pengeluar juga berdepan dengan pembatalan tempahan disebabkan sentimen pengguna yang rendah," katanya.
Pada September, industri automotif negara mencatatkan jualan 44,275 unit kenderaan, 7% lebih rendah berbanding 57,758 unit yang dijual pada bulan sama tahun lalu.
Daripada jumlah itu, kenderaan penumpang mewakili jualan sebanyak 38,315 unit, manakala bakinya 5,960 unit membabitkan kenderaan komersial.
MAA berkata, sehingga September tahun ini, industri automotif tempatan menjual 318,874 unit kenderaan, lebih rendah berbanding 344,019 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
"Untuk pengeluaran, sejumlah 45,972 unit kenderaan dihasilkan pada September mewakili 42,556 unit kenderaan penumpang dan selebihnya 3,416 unit adalah kenderaan komersial.
"Dalam tempoh Januari hingga September 2021, sejumlah 303,996 unit kenderaan dikeluarkan, lebih rendah berbanding 315,863 unit yang dihasilkan tempoh sama tahun lalu," jelasnya.
Dalam pada itu MAA menjangkakan jualan kenderaab pada bulan ini lebih baik berbanding September disokong perniagaan yang kembali beroperasi di seluruh negara, ia susulan peningkatan pengeluaran dan penghantaraan kenderaan daripada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 18 2021
Jumlah jualan kenderaan terus melonjak ketara kepada 44,275 unit pada September, berbanding 17,500 unit yang dijual pada bulan sebelumnya. -Pexels.com
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Jualan kereta susut 4% kepada 71,908 unit pada November 2023
MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.
Proton kekalkan trajektori pertumbuhan jualan 2023 pada Julai
Proton Holdings Bhd meneruskan trajektori pertumbuhan jualan domestik dan eksportnya pada Julai dengan 13,326 unit kenderaan dijual, mengukuh 16.1 peratus berbanding Julai tahun lepas.
EU rekod angka jualan kereta tahunan paling rendah sejak 1993
Ini berlaku walaupun lonjakan kukuh pada Disember di pasaran Jerman dan Itali.
Jualan Proton cecah 100,000 unit pada akhir Sept 2022
Sebanyak 102,353 unit dijual dalam sembilan bulan pertama 2022, melonjak 40.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Jualan kenderaan September meningkat kepada 44,275 - MAA
Jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah 153% lebih tinggi pada September berbanding Ogos.
Perodua catat jualan 7,886 kereta pada Mei walaupun berdepan krisis COVID-19
Pengeluar kereta itu menguasai 41 peratus bahagian pasaran daripada anggaran jumlah jualan industri setakat tahun ini sebanyak 129,401 unit.
Beli kereta PROTON guna Bitcoin?
PROTON menafikan mereka menerima transaksi matawang kripto untuk pembelian kereta Proton malah pusat jualan yang mengiklankan penggunaan matawang itu juga telah digantung sementara siasatan dilakukan.