BISNES
Jualan runcit di Malaysia diunjur tumbuh 4.6 peratus pada 2025 - MBSB IB
Penggunaan domestik yang kukuh akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, sekali gus meredakan ketidaktentuan perdagangan luar. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan jualan runcit Malaysia berkembang pada 4.6 peratus dalam 2025.
Mengikut bank pelaburan itu, keadaan berkenaan didorong oleh pasaran guna tenaga yang berdaya tahan, inflasi rendah dan stabil, pelarasan gaji minimum, pemulihan sektor pelancongan dan dasar monetari yang lebih longgar baru-baru ini.
Menerusi nota penyelidikannya hari ini, MBSB IB berkata kesemua faktor itu dijangka merangsang pendapatan isi rumah boleh guna dan menyokong penggunaan swasta secara menyeluruh walaupun wujud halangan daripada peluasan cukai jualan dan perkhidmatan serta pelarasan tarif elektrik.
"Meskipun rasionalisasi subsidi bahan api akan datang berkemungkinan menekan perbelanjaan, kami menjangkakan kesan menyeluruh terhadap permintaan isi rumah adalah kekal terkawal,.
"Penggunaan domestik yang kukuh akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, sekali gus meredakan ketidaktentuan perdagangan luar," katanya.
Pada masa sama, MBSB IB berkata tarif Amerika Syarikat (AS) boleh menjejaskan sentimen serta perbelanjaan dalam kalangan pengguna serta perniagaan.
Selain itu, perbelanjaan global berkemungkinan menyederhana pada bulan-bulan akan datang selepas pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump yang dijangka menyemarakkan lagi ketegangan dagangan.
Menurutnya, langkah-langkah berkemungkinan menjejaskan jangkaan inflasi, menyebabkan keyakinan pengguna menipis dan menjejaskan perbelanjaan di masa depan.
-- BERNAMA