awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet setuju teruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP- Tok Pa

Bernama
Bernama
19/12/2016
12:17 MYT
Kabinet setuju teruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP- Tok Pa
MUSTAPA: Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas bersetuju untuk meneruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP. - Gambar fail
Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas bersetuju untuk meneruskan pindaan undang-undang berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata persetujuan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meneruskan pindaan 18 undang-undang negara berkaitan TPP walaupun perjanjian itu diteruskan atau tidak.
Katanya, sebahagian undang-undang yang dipinda itu adalah undang-undang spesifik mengenai TPP sekiranya Malaysia menjadi ahli TPP dan sebahagiannya lagi merupakan undang-undang di mana kerajaan bersetuju untuk meminda dan ia tiada kaitan dengan TPP.
"Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP seperti yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia mengenai undang-undang tidak membenarkan kanak-kanak bekerja," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengenai strategi Malaysia terhadap perancangan perjanjian TPP berikutan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Jelasnya, pindaan itu akan memastikan undang-undang negara dikemas kini berdasarkan perkara yang dipersetujui dalam rundingan.
Mustapa berkata undang-undang itu adalah hasil kajian semula domestik berterusan bertujuan mengukuhkan dan mengemas kini beberapa undang-undang bagi memudahkan perdagangan dan memenuhi obligasi antarabangsa.
Katanya, walaupun perjanjian itu tidak ditandatangani sekalipun, Malaysia akan meneruskan usaha untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara terlibat seperti Mexico dan Kanada.
Pada 19 Nov lepas, semua 12 pemimpin negara-negara TPP telah bertemu di Lima, Peru untuk melihat perkembangan terkini proses domestik mereka masing-masing ke arah ratifikasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#Dewan Negara
#TPP. Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan