KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.66 bilion berbanding RM28.46 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM14.99 bilion daripada RM19.55 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Bank pusat juga menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM30.5 bilion kepada RM31.7 bilion sebelumnya.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM31.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM15.0 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 26 April, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.

-- BERNAMA