KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM35.45 bilion daripada RM36.67 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM30.53 bilion daripada RM32.33 bilion sebelum itu.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan komoditi murabahah bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional bagi RM35.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM30.50 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 18 Disember.

-- BERNAMA