[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
BUSINESS

Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan

Bernama 25/05/2024 | 02:30 MYT
Operasi Bank Negara Malaysia dijangka menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan minggu depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat menjalankan operasi harian untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM29.13 bilion daripada RM28.83 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam pula, mudah tunai menokok kepada RM23.41 bilion daripada RM18.51 bilion.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 23 Mei.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #kadar antara bank #lebihan mudah tunai #mudah tunai