BUSINESS
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM33.2 bilion daripada RM31.7 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM33.22 bilion daripada RM28.90 bilion pagi ini manakala dana Islam berkurangan kepada RM19.38 bilion daripada RM21.35 bilion, sebelum ini.
Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan satu tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan komoditi murabahah dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM33.2 bilion daripada RM31.7 bilion.
Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM33.20 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM19.40 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 4 April, 2025.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami