KUALA LUMPUR:Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.
Bagi minggu ini, purata kadar faedah semalaman Islam kekal pada 1.73 peratus, manakala kadar satu, dua serta tiga minggu masing-masing berada pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.86 peratus.
Untuk minggu yang baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender pasaran wang Murabahah dan tender repo terbalik.
BNM juga menerbitkan tender lelongan matang pelbagai Islam (iRMA), tender Qard dan tender lelongan matang pelbagai pasaran wang (RMA).
Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini merosot kepada RM26.01 bilion berbanding RM34.30 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, dan dalam sistem Islam, ia menguncup kepada RM19.10 bilion daripada RM22.10 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini merosot kepada RM26.01 bilion.
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

Siasatan terhadap suami Zeti masih berjalan - PDRM
Siasatan terhadap Datuk Tawfiq Ayman ketika ini masih diteruskan PDRM.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

AIM nafi spekulasi akan diswastakan - Lajim
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan spekulasi akan diswastakan oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Lajim Ukin.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus pada mesyuarat Khamis ini - Ahli ekonomi
Kalangan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 4 Mac ini .

AMMB setuju selesaikan RM2.83 bilion berkaitan 1MDB dengan kerajaan Malaysia
Pembayaran jumlah tersebut akan dipercepatkan dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.6 bilion pada akhir Jan 2021 - BNM
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.63 bilion pada akhir Januari 2021, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$109.7 bln setakat 15 Feb
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109.7 bilion setakat 15 Feb, 2021 daripada US$107.8 bilion pada 15 Jan, 2021.

Program Imunisasi COVID-19 bakal tingkat pelaburan - Pakar ekonomi
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan meningkatkan pelaburan sekali gus menjadikan pengguna berbelanja lebih dalam pasaran negara.

Ketidakpastian ekonomi pacu BNM kurang kadar OPR
Ketidakpastian ekonomi dunia berikutan jangkitan COVID-19 dijangka akan memacu Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 25 mata asas (bps).

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan campur tangan BNM
BNM akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender RM2 bilion, masing-masing selama 14 hari dan 21 hari.