KUALA LUMPUR:Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada hari Isnin susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM41.08 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.67 bilion dana Islam.

BNM akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender RM2 bilion, masing-masing selama 14 hari dan 21 hari.

Ia juga akan mengendalikan tiga tender Qard bernilai RM500 juta selama tujuh hari, RM400 juta untuk 14 hari dan RM300 juta selama 28 hari.

BNM telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM36.1 bilion dan RM18.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah.

- BERNAMA