KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran meningkat 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 4.7 peratus pada Oktober 2020 dengan sejumlah 748.2 ribu orang penganggur, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, "Kedudukan tenaga buruh bertambah baik pada Oktober 2020 dengan kadar yang lebih perlahan berikutan peningkatan dalam kedua-dua indikator penduduk bekerja dan bilangan penganggur.
Penduduk bekerja terus mencatatkan trend menaik bagi tempoh lima bulan berturut-turut dengan peningkatan marginal 0.1 peratus bulan ke bulan atau bersamaan 14 ribu orang kepada 15.21 juta orang.
Walaupun kebanyakan negeri menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa pada 14 Oktober 2020, aktiviti operasi perindustrian dan perniagaan masih diteruskan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.
Justeru, kedudukan pasaran buruh kekal sederhana dengan indikator nisbah guna tenaga kepada penduduk menunjukkan kenaikan kepada 65.3 peratus pada Oktober 2020.
"Dari segi taraf pekerjaan, bilangan yang lebih tinggi direkodkan bagi kategori pekerja pada Oktober dengan peningkatan sebanyak 28.1 ribu orang kepada 11.76 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
"Sebaliknya, bilangan yang bekerja sendiri menurun sebanyak 0.3 peratus merekodkan 2.43 juta orang berbanding bulan sebelum ini.
Sementara itu, penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu menokok kepada 183.6 ribu orang berbanding September 2020 (100.7 ribu orang) disebabkan oleh pelaksanaan PKPB pada bulan tersebut.
Sebagai rekod, negara mencatatkan bilangan tertinggi bagi mereka yang tidak bekerja buat sementara waktu dengan sejumlah 5.9 juta orang semasa PKP pada April 2020.
Kumpulan ini, tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka berpotensi untuk kembali bekerja.
"Melihat kepada situasi semasa dengan peningkatan bilangan kes baharu COVID-19 sejak Oktober 2020, pasaran buruh akan terus berhadapan ketidaktentuan.
Dengan, PKPB mula ditamatkan secara berperingkat sejak 7 Disember, ini sebahagiannya akan mendorong sektor ekonomi untuk mendapatkan kembali momentum berikutan permintaan yang lebih tinggi dan seterusnya, menggalakkan perniagaan untuk terus mengekalkan malahan meningkatkan peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

Kedudukan pasaran buruh kekal sederhana dengan indikator nisbah guna tenaga kepada penduduk menunjukkan kenaikan kepada 65.3 peratus pada Oktober 2020. -Gambar fail

Vaksin COVID-19 | 195 pusat vaksinasi didirikan di Sabah
Sebanyak 195 pusat pemberian vaksin COVID-19 didirikan di Sabah bagi menjayakan program imunisasi di negeri itu. Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin di negeri itu, pagi tadi.

Sijil Halal | Jakim perluas skop akreditasi ISO/IEC 17065
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usaha itu bagi membantu industri khususnya dalam aspek pemasaran produk domestik yang mempunyai pensijilan halal Malaysia untuk pergi jauh merentas sempadan dan benua.

Ebit Lew sering beri hadiah kepada isteri selepas pulang dari misi
Setiap kali pulang dari menjalankan bakti, pendakwah bebas, Ebit Lew pasti akan memberi hadiah kepada isteri sebagai menghargai usaha dan pengorbanannya dalam memastikan perjalanan dakwah Ebit berjalan lancar.

Doa Ebit Lew buat Malaysia
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang dibentuk daripada kepelbagaian, kita tidak ubah seperti sebuah keluarga. Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, seharusnya sebuah keluarga saling berkasih sayang dan memaafkan kerana kita dijadikan sama sahaja di sisi Tuhan.

Kalau sedih, menangislah ubatnya - Ebit Lew
Apabila kita bersedih dan tak terdaya untuk melakukan apa-apa, menangislah dan berdoa kepada Tuhan dengan sesungguh hati. Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, itu yang beliau sendiri lakukan setiap kali hilang semangat untuk meneruskan langkah bakti, selain daripada mendapatkan nasihat daripada para guru serta bertemu dengan ibunya untuk mendapat kembali kekuatan.

AWANI Ringkas: Penjajaran politik baharu?

Manchester United halang Bruno Fernandes wakili Portugal
Portugal dijadual menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini.

PKPP | Rentas daerah ikut zon di Sabah tidak beri kesan
Kebenaran rentas daerah mengikut zon di Sabah tidak memberikan kesan positif kepada pengusaha bas ekspres di negeri itu. Situasi itu memberi tekanan kepada pengusaha bas ekpres di Sabah yang terkesan sejak pandemik COVID-19. Justeru, mereka menggesa kerajaan negeri membenarkan rentas daerah tanpa mengikut zon seperti yang dilakukan di Semenanjung.

Vaksin COVID-19 | JKVAV sentiasa terima laporan dakwaan potong barisan
Kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, JKVAV sentiasa menerima sebarang laporan sekiranya ada dakwaan potong barisan untuk pengambilan suntikan vaksin. Ia berkata demikian berdasarkan dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba 'memotong barisan' sebagai penerima awal suntikan vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Kerajaan tiada cadangan keluar senarai penerima
Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan senarai penerima vaksin COVID-19 kerana angka yang menanti setakat ini sudah terlalu panjang, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Guna wang KWSP untuk tujuan penting, jangan lupa ia untuk masa depan
Menyimpan wang di KWSP adalah merupakan simpanan yang agak kompetitif dan berisiko rendah berbanding simpanan atau pelaburan di tempat lain.

Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 dan 4.0 peratus tahun ini - Public Investment Bank
Ini didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021.

Kadar pengangguran dijangka menurun menjelang suku pertama 2021 - Pakar
Kadar pengangguran di negara ini dijangka menurun kepada 4.6 sehingga 4.4 peratus menjelang suku pertama tahun ini.

Kadar pengangguran dijangka 4.3 peratus tahun ini - MIDF research
MIDF Research menjangkakan kadar pengangguran Malaysia pada 2020 mencecah sekitar 4.3 peratus daripada 3.3 peratus tahun lepas.

Kadar pengangguran Oktober pada 4.7 peratus - Ketua Perangkawan
Kadar pengangguran meningkat 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 4.7 peratus pada Oktober 2020 dengan sejumlah 748.2 ribu orang penganggur.

Dewan Rakyat: Kadar pengangguran negara akan terus turun menjelang 2021
Data terkini Survei Tenaga Buruh menunjukkan kadar pengangguran menurun kepada 4.6 peratus, dengan bilangan penganggur seramai 737,500 orang.

Belanjawan 2021: Sediakan 'perisai ekonomi' RM31.4 bln bagi selamatkan negara - Guan Eng
Perisai ekonomi itu mempunyai serampang tiga mata, khusus bagi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan mata pencarian rakyat Malaysia.

Kadar pengangguran negara dijangka menurun - Saravanan
Jangkaan itu berdasarkan kebenaran untuk beberapa sektor penting kembali beroperasi semula seperti sedia kala.

Data pengangguran menunjukkan pemulihan - Jabatan Perangkaan
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jun mendapati kadar pengangguran pada bulan berkenaan susut 0.4 peratus kepada 4.9 peratus.

Penganggur cecah 778,800 orang pada April, peningkatan 48.8 peratus - Jabatan Statistik
Kadar pengangguran di negara ini melonjak kepada lima peratus iaitu seramai 778,800 orang pada April tahun ini.