BISNES

Kadar pertukaran AS$1 kini bawah RM4 buat pertama kali sejak Julai 2015

Amanz 26/01/2026 | 04:05 MYT
Peningkatan nilai ringgit adalah baik untuk pengguna dengan kali terakhir ini berlaku, harga jualan beberapa produk menjadi lebih mampu milik. - Foto Amanz
KADAR pertukaran wang daripada dolar Amerika Syarikat (AS) ke Ringgit Malaysia pagi berada di bawah tahap RM4 buat pertama kalinya sejak Julai 2015.

Awal pagi ini, nilai AS$1 adalah bersamaan RM3.96 dan ketika artikel ditulis meningkat semua ke sekitar RM3.971.

Pada Jun 2015, nilai AS$1 adalah bersamaan RM3.823 dengan nilai Ringgit Malaysia kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Peningkatan nilai ringgit adalah baik untuk pengguna dengan kali terakhir ini berlaku, harga jualan beberapa produk menjadi lebih mampu milik.

Ini adalah dipacu oleh ketidakstabilan politik di AS.

Presiden Trump ingin merampas Greenland secara paksa menyebabkan negara Kesatuan Eropah (EU) menghantar tentera mempertahankannya dan mula membincangkan mengurangkan perdagangan dengan Amerika.

Kanada pula mengukuhkan perdagangan dengan China dengan Perdana Menteri Kanda mengatakan “Kanada tidak hidup kerana AS.

Kanada berkembang maju kerana kita orang Kanada”. Trump mengancam tarif 100% ke atas Kanada jika perjanjian dengan China diteruskan.

Selain menyebabkan pasaran saham AS bergolak, tindakan dan ancaman Trump turut menyebabkan nilai Bitcoin susut mendadak bawah AS$87,000 hujung minggu lalu.






#dolar AS #ringgit #pasaran saham #Amerika Syarikat